Taruhan Terbaru Ernie Zakri Dan Syamel Dalam Takkan Terlerai

Selepas kejayaan lagu Aku Cinta pada AJL32 lalu, kali ini gandingan mantap Ernie Zakri dan Syamel dalam Takkan Terlerai pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat.

Lagu ciptaan Sharon Paul ini dicipta khas bersesuaian dengan gaya nyanyian Ernie dan juga Syamel. Manakala, liriknya pula ditulis oleh Fedtri Yahya dan turut mendapat bantuan daripada kedua-dua pemilik vokal hebat ini.

Menurut Feros selaku Ketua Label Muzik syarikat rakaman kedua-dua penyanyi ini, permintaan terhadap lagu duet Ernie dan Syamel sangat memberangsangkan, namun pihaknya tidak mahu tergesa-gesa kerana pertaruhannya cukup tinggi.

“Jadi kita ambil masa kira-kira satu tahun dalam membuat persediaan untuk mencari lagu yang tepat dan bersesuaian. Maka lahirlah Takkan Terlerai dan saya yakin lagu ini dapat memuaskan peminat pasangan duet ini dan semua pencinta muzik” Katanya.

Lagu Takkan Terlerai ini juga sudah boleh didengari menerusi Itunes, Spotify Raku dan Joox.

So, buat peminat Ernie Zakri dan Syamel, apa tunggu lagi!

Salma Syahbuddin