Tauke Jambu Dan 4 Individu Didakwa Miliki Dadah

Pelawak Zamatul Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai Tauke Jambu bersama empat lagi rakannya didakwa memiliki dadah jenis ketamin di Mahkamah Majistret hari ini.

Bagaimanaoun, Tauke, 46, Muhamad Azman Johar, 28, Brandon Cheong Kai Szern, 25, serta dualahi individu wanita iaitu,  Salimah Nasuha Gusti Hassan, 29 dan Lee Kim Yoon, 44, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh Majistret Aina Azahra Ariffin.

Memetik laporan Bernama, kesemua individu ini memiliki dadah berbahata jenis ketamin dengan berat  0.37 gram.

Pendakwaan adalah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tauke yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan pendapatannya terjejas dan ini adalah kesalahan pertamanya manakala empat tertuduh lain turut merayu jaminan rendah.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,700 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Jun ini untuk sebutan semula kes.

 

Sumber:Bernama

 

 

Salma Syahbuddin