Tegur Dalam Diam, Jep Sepahtu Raih Pujian Netizen

Sempena Hari Ibu semalam, rata-rata pengguna media sosial mengambil kesempatan untuk berkongsi gambar bersama ibu masing-masing dengan ucapan Selamat Hari Ibu.

Namun, tindakan seorang pelakon terkenal, Jep Sepahtu memuat naik sebuah video ceramah daripada Ustaz Azhar Idrus yang menegur bahawa hukum menyambut hari ibu adalah haram mendapat perhatian netizen.

Video tersebut telah dikongsi menerusi akaun Instagram milik Jep sendiri.

“Semoga bermanfaat,” tulisnya di kapsyen.

Tindakan Jep yang dalam diam menegur pengikutnya media sosialnya itu meraih pujian dari netizen di ruangan komen.

“Salute Jep sebab kau berani up benda betul. Zaman sekarang ni orang ikut majoriti je. Halal haram belakang cerita janji in trend

“Bagus jep berani post benda betul. Orang sekarang tak fikir apa bila post tu

“Tahniah jep berani post benda yang benar,” komen netizen.

Izzi Farhana