“Alhamdulillah Jodoh Masih Ada” – Beraya Dengan Keluarga Bekas Suami, Netizen Sebak Lihat Keakraban Intan Saleh & Mentua

Personaliti media sosial, Intan Saleh memuat naik video dan beberapa keping foto beraya bersama keluarga bekas suaminya iaitu Ude Wahid mencuri perhatian dalam kalangan warganet.

Menerusi perkongsian Intan, dia menyatakan baru berkesempatan untuk berjumpa dengan mentuanya itu.

Kongsi Intan, mentuanya itu turut menyediakan makanan kesukaannya ketika beraya bersama.

“Semalam baru berkesempatan berjumpa dan bawak Muqri’s berjumpa nanny and cousins raya bersama… Alhamdulillah jodoh kami masih ada.

“Halalkan segalanya selama Intan bersama mak dan keluarga mak… Ampun maaf dari Intan dan anak-anak.

“Kami ada kami tetap sama macam dulu. Thanks juga mak siap buatkan pudding yang Intan suka. Alhamdulillah,” tulis Intan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan pengikutnya di Instagram gembira melihat hubungan baiknya dengan keluarga bekas suaminya.

Dalam pada itu, ada juga yang beranggapan bahawa perkongsian Intan ini akan membuatkan pihak sebelah sana meroyan malah mempersoalkan kenapa pihak sana tidak beraya bersama mentua.

Artikel Berkaitan: Intan Saleh Lantik Peguam Terkemuka, Dedah Bekas Suami & Izreen Azminda Hantar Surat Tuntutan

Artikel Berkaitan: Saling Berhubung, Intan Saleh Simpati Nasib Nurul Shuhada – “Jangan Takut, Masa Depan Kita Akan Lebih Bahagia”

Artikel Berkaitan: “Nak Jaga Mental Tapi Dibuli, Dihina” – Dedah Diugut Sebar Aib, Intan Saleh Anggap ‘Pihak Sana’ Seronok Jaja Cerita

Artikel Berkaitan:“Rasa Hormat Kat Laki Kau Mana?” – Simpan Banyak Bukti, Izreen Azminda Dakwa Intan Saleh Tak ‘Move On’?

Atiqah Johari