“Tegurlah Baik-Baik Agar Dapat Pahala… Kalau Maki Anda Yang Berdosa” – Isu Free Hair, Isteri Yonnyboii Terima Teguran Secara Positif

Selepas membuat penampilan pada Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) yang lalu, isteri kepada finalis lagu Salahku nyanyian Yonnyboii, Nik Nazira kembali terpalit dengan isu kontroversi melibatkan imejnya yang sudah tidak lagi bertudung.

Malah rata-rata warganet melemparkan kata-kata negatif dan memohon agar Nik Nazira atau lebih mesra dengan panggilan Nina, 23, segera diberikan hidayah.

 

Bagi menjawab persoalan tersebut, Nina tampil menjelaskan bahawa dia tidak terkesan dengan teguran dan komen negatif warganet terhadap penampilannya itu.

Bahkan, apa yang perlu dilakukannya adalah mengambil segala teguran dan kata-kata negatif  itu dari sudut yang positif.

“Saya tak marah atau sedih dengan komen-komen netizen apabila melihat saya tidak bertudung kerana setiap orang ada persepsi sendiri. Selagi saya jujur pada diri sendiri, saya okay.

“Kalau nak tegur itu doa yang baik-baik. Kalau maki-maki anda juga yang dapat dosa. Mungkin kalau tegur yang baik-baik kita sama- sama dapat pahala. Itu baru betul,” katanya.

 

Menurut Yonnyboii, dia menganggap isu ini tidak seharusnya timbul memandangkan bimbingan antara pihak keluarga isteri dan dirinya sebagai seorang suami adalah berbeza.

Selain itu, Yonnyboii menjelaskan apa yang penting dia mahu isterinya itu bersikap jujur terhadap diri sendiri dan sentiasa mencuba untuk jadi yang terbaik dalam kehidupan.

“Saya mahu dia jujur dengan diri sendiri dan tak ada sorok apa-apa dari saya atau pendam hal yang tak seronok. Saya tak boleh menilai isteri saya, kerana saya pun tak sempurna,” jelasnya.

Salma Syahbuddin