Son Sung Deuk Tampil Dalam Master In The House Malaysia, BTS ARMY Teruja! Siap Promote di IG, Reply Komen Hael & Andi

Pastinya ini adalah episod yang paling ditunggu-tunggu oleh members dan semua peminat kumpulan terkenal K-Pop, BTS.

Nampaknya, master kali ini bukan calang-calang okay? Walaupun sibuk dengan siri jelajah konsertnya yang berlangsung dari 10 Mac sehingga 13 Mac 2022, beliau tetap mengambil peluang untuk mempromosikan episod Master In The House (MITH) Malaysia menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

 

Keterujaan tidak terhenti disitu apabila masters dan members saling berbalas komen tau!

Merupakan Pengarah Persembahan HYBE Studio dan koreografer kepada kumpulan BTS, Son Sung Deuk akan tampil sebagai master kepada members dalam episod ke-9 ini dan akan berkongsi tips kepada para members tentang ‘skill’ menari mengikut trend terkini di Korea yang dipanggil k-wave.

Oh, dengar cerita Andi Bernadee ‘tapau’ segala pujian dari master, betul ke?

 

Untuk makluman, members turut dilatih menggunakan studio yang sama yang dipakai oleh kumpulan BTS. Wow!

Selain menari dan berkongsi pengalaman bersama masters, members juga ada tugasan penting yang harus dilaksanakan. Apakah tugasan penting tersebut?  Anda kena tunggu episod malam ini, 12 Mac, pukul 10 malam hanya di TV3.

Master In The House Malaysia menampilkan CheongKwanJang (CKJ) sebagai penaja utama, Lifebuoy sebagai penaja bersama dan dikuasai oleh Samsung Galaxy Z Flip3 5G.

 

Salma Syahbuddin