“Teka Kami Akan Ke Mana?” -Nelydia Suruh Netizen Teka Destinasi Bulan Madu!

Setelah beberapa bulan berkahwin pada 6 April 2019 lalu, akhirnya pelakon jelita Nelydia Senrose dan suaminya, Mohd Hafez Halimi akan pergi berbulan madu ke luar negara. 

Nelydia yang tidak dapat membendung rasa terujanya kerana sudah lama menunggu untuk dapat pergi bercuti dan berbulan madu bersama suami. 

Berita gembira itu dikongsi pelakon drama rantaian Lelakimu Yang Dulu ini melalui sebuah entri di akaun instagram peribadinya.

“Sudah lama saya menunggu dan akhirnya waktu itu telah tiba! 

“Kami sudah bersiap sedia untuk pergi berbulan madu. Teka kami akan ke mana? (Kalau betul, kita kasi cenderahati). Mana yang dah tahu tak boleh jawab,” tulis Nelydia di ruangan kapsyen. 

.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Nelydia tumpang gembira untuknya sambil seronok bermain teka teki destinasi bulan madu Nelydia dan suami. 

Kredit Foto: Instagram @nelydiasenrose

Del14