Acara By: Fatin Nurain September 4, 2022 @ 12:09pm

Tema Birthday Party Anak Wawa Zainal & Aeril Zafrel Buat Netizen Kurang Senang

Tema sambutan hari lahir anak pasangan pelakon, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian di Instagram, Wawa telah memuat naik video mereka sekeluarga menyambut hari lahir dua anak mereka, Ahmad Fakharuddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzikyaa bertemakan karakter kartun, Huggy Wuggy.

“Happy birthday tanda cinta pertama ayah mama… Ahmad Fakharuddin Attar.. sudah sembilan tahun berlalu..

“Kenangan mengandungkan dan melahirkan Attar memang takkan pernah padam di ingatan mama..

“Semoga menjadi abang dan anak yang baik.. amin ya rabbal alamin. we love you .. always brother,” tulis Wawa.

Biarpun perkongsian tersebut telah dimuat naik sejak minggu lalu, namun sambutan majlis tersebut masih menjadi bualan dan mengundang pertikaian dalam kalangan pengikutnya.

Umum tahu, Huggy Wuggy merupakan sebuah watak kartun yang bersifat antagonis menerusi permainan video Villains Wiki dan tidak sesuai untuk dijadikan tontonan kanak-kanak.

Memetik laporan Harian Metro, ramai ibu bapa di Amerika Syarikat telah menghalang anak-anak mereka menonton video mengenai Huggy Wuggy kerana ia memberi kesan buruk kepada personaliti dan sikap anak mereka.

Hasil tinjauan di ruangan komen, kebanyakan pengikut pasangan itu menyarankan agar mereka lebih berhati-hati dan membuat kajian mengenai kartun terbabit.

Menyedari perkara itu, Wawa juga telah membalas salah satu komen daripada pengikutnya seolah-olah tidak mengetahui tentang penerimaan orang ramai mengenai kartun terbabit.

 

Sumber: Harian Metro & Instagram Wawa Zainal

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 14 Feb 2019
Featured Fri, 3 Feb 2023

Sissy Imann Menyesal Jual Album Harga RM20 – “Kalau Nak Untung, Baik Saya…”

Sebab tu kalau emosi tak boleh buat keputusan kan.. Kita jadikan semua ni satu pengajaran

Contest Wed, 27 Nov 2019

5 Fakta Menarik Kenapa Korang Patut Join Misi Ejen Ali Rush!

Jom sihat bersama Ejen Ali – Misi Ejen Rush

Hiburan Thu, 8 Dec 2022
Featured Tue, 1 Nov 2022

[VIDEO] Kesal Sering Terima ‘Tempias’, Kakak Iman Troye Tak Gemar Ada Selebriti Dalam Keluarga Gara-Gara…

Iman ni jiwa dia besar. Dia suka apa dia buat sekarang – Kakak Iman Troye

Hiburan Thu, 27 Apr 2023
Trending Thu, 6 Apr 2023
Featured Mon, 17 Feb 2020