Tepati Ramalan, ‘Pelukan Angkasa’ Menang AJL 36

Lagu Pelukan Angkasa dendangan SOG dan Shila Amzah berjaya meraih kemenangan di pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36).

Dicipta oleh Raja Nazrin Shah dan Fazleena Hishamuddin, lagu terbabit membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 dan berjaya menewaskan 11 lagu lain yang bersaing di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).

Dihoskan oleh Alif Satar dan Nabila Huda, mari kita semak keputusan penuh AJL 36:

JUARA
SOG X Shila Amzah : Pelukan Angkasa
Komposer: Raja Nazrin Shah
Lirik: Fazleena Hishamuddin

NAIB JUARA
Marsha Milan : Cinta
Komposer: Bunga Cantik & Hang Nadim
Lirik: Hang Nadim

TEMPAT KETIGA
Haqiem Rusli: Mimpi
Komposer: Haqiem Rusli & Datuk A.Aida
Penulis Lirik : Haqiem Rusli & Datuk A.Aida

VOKAL TERBAIK
Aina Abdul: Sepi

PERSEMBAHAN TERBAIK
Marsha Milan: Cinta

PENYANYI PILIHAN POPULAR AJL 36
Nafas Cinta: Khai Bahar & Aina Abdul

Antara artis jemputan yang turut membuat persembahan adalah Mas Idayu, Datuk Jamal Abdillah, Ayda Jebat, Cassia dan kumpulan Wings.

Keputusan penilaian 12 buah lagu finalis AJL 36 dilakukan oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail.

Juri yang mengadili malam berprestih itu adalah LY, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Mike Chan, Helen Yap, Altimet, Edrie Hashim, Faizal Tahir dan Datuk Habsah Hassan.

Sebelum AJL 36 bersiaran, acara karpet merah bersiaran di TV9 bermula jam 8.30 malam dan diacarakan oleh Sissy Imann dan Sean Lee.

Siaran ulangan AJL 36 dapat ditonton di tonton.com.my dan YouTube TV3Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut AJL 36 melalui laman media sosial Instagram, Facebook dan Twitter rasmi TV3Malaysia.

Jangan lupa juga untuk gunakan tanda pagar #AJL36 di setiap posting anda dalam menghangatkan perbualan alam maya.

Padin