Hiburan By: SGMS Faida April 28, 2019 @ 12:13pm

Terhutang Budi Dengan IJN, Lana Nodin Nekad Balas Jasa…

Pelakon Lana Nodin mengambil keputusan utnuk menyumbangkan sebahagian hasil jualan baju raya kanak-kanak diusahakannya kepada Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) yang membantu menyelamatkan anaknya, Februari lalu.

Percaya masih ramai yang berdepan masalah seperti dialami anak lelakinya, William Daud McKienzie atau Billy, Lana berharap usaha kecilnya mampu meringankan beban keluarga pesakit.

Memilih singkatan nama dua anaknya sebagai jenama, Gi Bi (Gia Quinn dan Billy), baju raya kanak kanak terbabit akan mula dijual pada Ramadan ini.

“ Saya dan suami amat terhutang budi dengan pihak IJN. Jadi, kami nekad untuk membalas jasa mereka yang berusaha sebaiknya menyelamatkan nyawa anak kami, selepas lebih seminggu berada di pusat terbabit.

“ Kami ikhlas mengusahakan jualan ini. Sebanyak RM10 daripada setiap jualan baju raya nanti akan disalurkan kepada Yayasan IJN,” katanya ketika ditemui BH Online pada majlis kesyukuran dan akikah anak lelakinya di Taman Melawati, Hulu Klang.

Februari lalu, Billy, 5 bulan, menjalani pembedahan di IJN bagi memperbetulkan masalah injap jantung sempit atau aortic stenosis.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin berkata, baju raya diusahakannya itu dibahagikan kepada koleksi kanak-kanak lelaki dan perempuan.

“ Selain dihasilkan menggunakan fabrik berkualiti, harganya pula daripada serendah RM99. Insya-Allah, kami akan jual baju ini sepanjang terbabit dengan pesta jualan atau karnival, bermula Ramadan nanti,” katanya.

Sementara itu, Lana memanjat kesyukuran apabila keadaan anaknya semakin stabil biarpun masih perlu mengikut prosedur ditetapkan, termasuk pemeriksaan susulan pada Ogos depan.

Lana mendirikan rumah tangga dengan David atau nama Islamnya Mohd Daud McKienzie pada 15 Mei 2015.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Wed, 17 Apr 2024
Hiburan Tue, 15 May 2018

Melania Trump Masuk Hospital

Melania, 48, menjalani prosedur embolisasi untuk membuang ketumbuhan dan akan dirawat di hospital selama seminggu.

Featured Fri, 16 Dec 2022

Qistina Raisah Tampil Bersuara Mengenai Video Tular Bersama Lelaki – “Henry Itu Abang Kandung Saya!”

Sebelum ini, pelakon remaja Qistina Raisah pernah menjadi bualan ramai apabila tular perkongsian dirinya bersama seorang lelaki di TikTok. Tidak mendiamkan diri, baru-baru ini, Qistina tampil mendedahkan identiti sebenar lelaki tersebut yang merupakan abang kandungnya […]

Featured Sun, 12 Nov 2023

Famili Duo 3: Raih Perfect 10! Syaiful & Sharif Rampas Kedudukan Pertama, Kreativiti Tambat Hati Juri

Memang kelakar weiiii!!!!! Min pun tak tahan gelakkk dibuatnya🤣🤣🤣