Terima Anugerah ‘Malaysia Most Outstanding Excellence Celebrity’, Instagram Fazura Dibanjiri Ucapan Tahniah

Pelakon terkenal, Nur Fazura menerima pengiktirafan sebagai ‘Malaysia Most Outstanding Celebritiy’ pada Sabtu lepas.

Berkongsi berita gembira itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, Fazura berterima kasih kepada pengarang jantungnya, Fattah Amin atas sokongan yang tiada noktah buat dirinya sepanjang berkecimpung dalam bidang keusahawanan ini semenjak sedekad lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Terima Kasih Jual Inai Murah..” – Netizen Dakwa Komen Nur Fazura Perli Seseorang, Che Ta Tampil Bersuara!

“Faz bersyukur dan mengucapkan terima kasih diatas pengiktirafan sebagai ‘Malaysia Most Outstanding Excellence Celebrity of the Year (Female) di 3rd World Excellence Extrepreneur Brand Celebriti Awards pada hari Sabtu lepas.

“Faz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta, Fattah Amin dan puteri tersayang kami Fatima kerana sokongan dan kasih sayang yang diberikan selama ini.

“Faz juga disini ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada abang Faz, Ahmad Faiz yang merupakan mentor dan rakan perniagaan Faz sejak sedekad lalu.

“Terima kasih juga kepada Team FAZURA yang sentiasa berusaha dengan penuh dedikasi dalam semangat kekeluargaan untuk memajukan perniagaan #MilikSemua. Tidak lupa juga kepada pengurus Faz, Iman Tang. I love you all,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Fazura yang dikenali sebagai seorang selebriti sangat disenangi dan disayangi oleh rata-rata peminat turut mengucapkan rasa syukur atas sokongan daripada penyokongnya.

“Tidak lupa kepada semua rakan-rakan dan para penyokong Faz serta peminat setia produk FAZURA. Faz sangat hargai sokongan dan doa darlings semua.

“Sekali lagi, terima kasih semua dan terus doakan kejayaan kita bersama.. mudah mudahan.. Amin,” luahnya.

Menerjah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata rakan selebriti Fazura membanjiri ucapan sekalung tahniah atas kejayaan dan pengiktirafan yang dimilik pelakon Istanbul Aku Datang itu.

Ramai dalam kalangan pengikut Faz mengkagumi aktres jelita ini dimana menurut mereka selebriti kesayangan mereka itu layak untuk dinobatkan sebagai penerima anugerah tersebut atas sikapnya yang sangat merendah diri.

Aqilah Paharuzi