Terima Mesej Ugutan, Qasrina Karim Tiada Hubungan Serius Dengan Mierul Aiman -“Jangan Risau, Saya Takkan Ambil!”

Pelakon Qasrina Karim mendedahkan ada menerima beberapa mesej berbaur ugutan apabila peminat kepada pelakon baharu berbakat besar, Mierul Aiman melarangnya untuk mengambil aktor tersebut daripada mereka.

Memetik laporan Berita Harian, Qasrina, 26, berkata, kebanyakan mesej yang diterima dari peminat Mierul adalah melalui Instagram (IG) yang memintanya supaya tidak terlalu rapat dengan pelakon drama rantaian popular Projek: High Council itu.

“Mungkin ada yang cemburu sebab saya berlakon bersama Mierul dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer. Tetapi, tidak mengapa saya faham sahaja.

“Ada beberapa peminat mesej dan marah saya. Malah, ada juga memberi amaran melarang saya mengambil Mierul daripada mereka,” katanya.

Malah,  Qasrina juga mengaku terdapat segelintir peminat yang merestui ‘hubungan’ mereka dan berharap kedua-duanya menjalin cinta, bagaimanapun dia sedar juara program pencarian bakat, Hero Remaja 2021 itu mempunyai kelompok peminat yang ramai.

Selain itu, dia berpendapat bahawa tidak semua permintaan peminat harus diutamakan.

“Apapun, saya faham Mierul mempunyai peminat dan pengikut yang ramai dan saya ada juga terbaca permintaan peminat mahu kami bersama bahkan ada juga yang setuju jika kami vmenjalin hubungan cinta.

“Jangan risau, saya tak akan ambil, kami hanya kawan dan bergandingan bersama,” jelasnya.

Terdahulu, Qasrina meluahkan rasa syukur apabila bakat lakonannya kini sudah mula dihidu pelbagai syarikat produksi dan namanya kini semakin mendapat perhatian dalam industri lakonan tanah air.

 

 

Sumber: Berita Harian

Salma Syahbuddin