Terima Panggilan ‘Ibu’, Betul Ke Syahrini Kini Hamil?

Gara-gara sekeping gambar yang dimuatnaik oleh pereka fesyen terkenal Indonesia, Ivan Gunawan, penyanyi Syahrini dilaporkan kini hamil anak pertama.

Menerusi laman Instagram Ivan, dia menulis ucapan buat pelantun Sesuatu itu yang menimbulkan spekulasi. 

“Selamat hari lahir ibu Syahrini, panjang umur dan sihat ibunya, sihat bayinya,” tulis Ivan.

Memetik laporan Liputan 6, walau bagaimanapun Syahrini enggan mengulas lanjut kepada media mengenai hal berkenaan. 

“Amin… mohon doa, apa-apa pun amin terima kasih atas doanya,” kata Syahrini ringkas. 

Syahrini dan suaminya, Reino Barack mendirikan rumah tangga di Masjid Tokyo Camii, Tokyo, Jepun pada 27 Februari lalu.

SGMS Faida