Terkejut Syeriv Buat Live Sendiri Di IG, Ini Respons Spontan Syatilla Melvin – “Ibu Gunting Tel*r Hang Satgi”

Pelakon Syatilla Melvin sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas mengetahui anak sulungnya, Syeriv Samheizy membuat live di Instagram.

Menerusi video yang tular di TikTok, Syatilla telah menyedari perkara tersebut selepas dimaklumkan oleh peminatnya ketika membuat sesi live bersama kakak dan adiknya, Datin Syafiqah dan Syida.

Terkejut dengan perkara itu, reaksi spontan isteri kepada Shaheizy Sam ini sekali gus mencuit perhatian ramai.

“Syeriv buat IG live, banyak view. Syida, dia buat IG live ke Syeriv ni? Ibu gunting telur hang satgi. Duduk setempat, orang pening. Pegang telefon elok-elok,” katanya.

@farahaida.co ♬ original sound – FarahAida.Co

Dalam perkongsian lain, Syatilla turut tidak menyangka apabila live anaknya itu ditonton lebih 700 orang biarpun tanpa suara.

“Syeriv buat live tapi mute. Bagus kalau tak nanti dia cakap bukan-bukan kena banned. Berapa view dia tengok sat? Amboi, gatal sangat ni. 700 lebih tengok dia live Syida woi. Syeriv, they cannot hear you. You mute,” katanya.

@farahaida.co Live tp mute pn boleh la syeriv 😭🤣 #fouredition #adikberadikthemelvin #syifamelvin #syatillamelvin #syafiqamelvin #syidamelvin #fyp ♬ original sound – FarahAida.Co

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut menerima pelbagai respons yang rata-ratanya terkejut dengan tindakan spontan si kecil itu.

Fatin Nurain