Hiburan By: SGMS Faida April 25, 2018 @ 6:54am

Ini Sebab Fendy Bakry Ambil Keputusan Balik Kampung!

Pelakon meningkat naik Fendy Bakry dilaporkan sedang berdepan dengan penyakit misteri sejak awal bulan ini.

Perkara ini disahkan sendiri oleh syarikat pengurusannya, Prokuya Studios yang mana Fendy kini berubat di kampungnya di Perlis.

“ Fendy tiba-tiba jatuh sakit hingga terpaksa menunda semua komitmen seni hingga keadaannya pulih,” kata Pengurus Besar, Fadzil Zahari pelakon berkenaan mengalami sakit kepala dan badan lemah sehingg tidak mampu berbuat apa-apa.

Tambah Fadzil, Fendy tiba-tiba mengadu sakit kepala dan badan jadi lemah.

“ Keadaan itu berlarutan hingga sekarang. Dia sedang dirawat di kampung dan kita berharap semua pihak mendoakan kesihatannya.

“Fendy juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada peminat yang sentiasa menyokong dan mendoakan dirinya cepat sembuh,” katanya.

Fadzil yang juga suami kepada pelakon dan pengacara, Yana Samsudin menambah, pihaknya kesal temujanji sesi fotografi bersama wartawan, baru-baru ini, terpaksa dibatalkan berikutan keadaan Fendy.

“Perkara itu amat dikesali. Fendy amat bersalah dengan apa yang terjadi. Kita juga tahu ada wartawan yang tidak mendapat maklum balas daripada Fendy sama ada melalui panggilan telefon atau kiriman mesej,” katanya.

Kami di Xtra.com.my mendoakan agar Fendy pulih seperti sedia kala. Insha Allah, berkat doa para peminat, Fendy bangkit dan memeriahkan industri hiburan semula… Ameen. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 May 2019
Hiburan Fri, 13 Oct 2023
Hiburan Sun, 22 Sep 2019

Hael Husaini Umum Bakal Kahwin!

Wah…Dengan siapa tu?

Hiburan Sat, 2 Nov 2019
Events Thu, 24 Oct 2019
Events Thu, 7 Jun 2018

Buka Puasa Gaya xtra! Minit Akhir Nostalgia Ramadan di 10 Binjai PNB Perdana On The Park

Nak rasa masakan seolah air tangan ibu? Nah inilah tempat paling ideal buat anda mengimbau kenangan indah menu berbuka ala desa!

Hiburan Sun, 15 Sep 2019

莫文蔚《绝色》来袭!1130唱响万人体育馆

有亚洲「性感女神」堪称的全方位艺人Karen莫文蔚,从93年出道至今将首次登陆马来西亚开唱!

Hiburan Sat, 2 Mar 2024