Hiburan By: Padin May 15, 2024 @ 7:38pm

Comeback Dengan Lagu Sandera Dapat Respons Positif, Peminat Mahu Lihat Mila Jirin Mara Ke Pentas AJL

Penyanyi Mila Jirin bersyukur kemunculan semula dengan lagu Sandera mendapat tempat di hati peminat.

Selepas sebulan melancarkan muzik video Sandera di laman YouTube, ia mendapat sambutan yang hangat sehingga mencapai 38,000 tontonan.

Rata-rata komen menyatakan keterujaan mereka menyaksikan kemunculan semula Mila dengan membawakan lagu yang sangat tepat dan bersesuaian dengan dirinya.

Malah ada yang berkata Sandera layak dibawa ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) kerana karya ciptaan Amylea Azizan mempunyai keserasian dengan vokal Mila.

Bagaimanapun Mila menyifatkan ia adalah pujian yang sangat besar buat beliau yang baru saja menapak kembali dalam industri seni muzik.

“Siapa yang tak mahu berada di pentas gah AJL? Ia adalah impian bagi kebanyakan penyanyi sebagai penanda aras sejauh mana kehebatan sesebuah lagu itu.

“Saya yakin susunan muzik Amylea memberi majis buat sesiapa saja yang mendengar. Yang penting saya perlukan sokongan semua untuk sama-sama membawa Sandera ke pentas berprestij itu,” katanya.

Janji Mila, kali ini dia yakin tidak akan menghentikan kerjaya nyanyiannya itu kerana tempoh 10 tahun berehat bagi membina empayar perniagaannya iaitu Bizzmilla sebelum ini sudah cukup.

Malah Mila mahu mengembangkan bakat bukan hanya sekadar menyanyi tetapi juga mengintai potensi dalam perniagaan bidang seni pula.

“Setahun atau dua tahun lalu, saya ada berkongsi video menyanyi di media sosial dan ramai yang tanya kenapa sia-siakan bakat.

“Seperti yang semua tahu, saya cuba pujuk suami. Walaupun pada mulanya suami agak berat nak membenarkan kerana kesibukan kami dalam perniagaan, tetapi dia tahu jauh di sudut hati saya masih mahu menyanyi. Alhamdulillah dia izinkan.

“Kerana itu saya gunakan peluang yang ada. Saya nak, hadirnya saya kembali dalam industri dapat memberi manfaat kepada masyarakat,” tuturnya.

Mahu anjur showcase

Tambah Mila, dia juga berharap mempunyai sebanyak lagu yang boleh agar dapat menunaikan impiannya menganjurkan ‘showcase’ A Night With Mila Jirin’ di Bizmilla Banquete Hall.

Sementara itu, bercakap mengenai Sandera, kata Mila, perkataan itu sendiri bermaksud tentang seseorang yang terperangkap dan menjadi tebusan kepada sesuatu.

“Kalau dikaji semua lirik ini, ia adalah satu perasaan yang terperangkap disebabkan perlu memenuhi kehendak orang tang dia sangat cintai. Terkejut juga baca lirik2 ini. Amylea pandai penggunakan bahasa yang indah dalam lagu-lagunya.

“Terasa seperti lagu ini begitu sesuai dengan saya yang semakin matang daripada segi pembawakan dan penjiwaan nyanyian.

“Alhamdulillah, berbekalkan pengalaman dahulu juga, proses rakaman hanya diambil selama 5 jam saja,” katanya.

Pilih Nonny Nadhirah bintangi muzik video

Dalam pada itu, ditanya pula mengenai pemilihan Nonny sebagai pelakon muzik video Sandera, Mila mahu memberi ruang kepada teman baiknya itu kembali bergiat aktif dalam industri lakonan.

“Alhamdulillah, berdasarkan komen-komen yang saya baca, ramai yang menyokong Nonny untuk kembali bergiat aktif dalam lakonan.

“Apa yang saya fikir, ini peluang untuk dia. Mana tahu selepas ini penerbit drama semua cari dia kan,” ujar Mila.

Sandera sudah pun dilancarkan di semua platform digital sejak Mac lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Apr 2019

Sebar Energi Positif Ke 150 Juta Pengikut, Usaha Ariana Grande Dipuji!

Ariana mengingatkan pengikutnya bahawa hidup lebih indah jika anda mengizinkan dan menggunakan energimu dengan tepat,

Kes Mahkamah Thu, 4 Apr 2024
Trending Fri, 16 Aug 2019

Imam Terbunuh Ketika Solat Jumaat

Lagi kejadian serangan bom selepas solat Jumaat.

Hiburan Thu, 12 Sep 2019
Featured Thu, 13 Jan 2022

HKL Kenal Pasti Pegawai Farmasi Biadab, Bakal Ambil Tindakan

Adab tu penting dik, tak kiralah nak handle macam mana sekalipun…

Featured Sun, 23 Jan 2022
Hiburan Mon, 15 Jan 2024

“Saya Sudah Penat” – Hetty Koes Endang Mahu Berehat Dari Konsert, Hanya Terima ‘Job’ Untuk Program Amal Sahaja

Yer lah, dah 53 tahun dalam industri seni…dah berapa puluh konsert join, album pulak ada 150! Fuhh…memang kagum!

Trending Tue, 16 Apr 2019

Guru berpakaian pengantin sempena sambutan Hari Guru di sekolah. Sakan sungguh!

Sekali-sekala bergaya seperti pengantin, apa salahnya?