Kes Mahkamah By: Atiqah Johari April 4, 2024 @ 3:45pm

Ibu Aliff Aziz Tak Mahu Cakap Perkara Negatif, Minta Doakan Yang Terbaik Untuk Anak

Ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil memohon supaya orang ramai mendoakan yang terbaik untuk anaknya.

Hafiza berkata sedemikian selepas Aliff enggan melafazkan cerai terhadap isterinya, pelakon dan penyanyi Bella Astillah.

Malah, Hafiza juga mengajak warganet untuk berbuat kebaikan pada 10 malam terakhir Ramadan bagi peroleh kebaikan.

“Mohon semua mendoakan yang terbaik untuk Aliff, insya-Allah hasil yang dapat juga nanti yang terbaik.

“Sekarang ini kita berada di 10 malam terakhir Ramadan, kita semua patut buat perkara yang positif. Moga-moga semua mendapat kebaikan,” katanya kepada XTRA.

Disoal mengenai tindakannya tidak lagi mengikuti akaun Instagram Bella Astillah, dia memilih untuk tidak mengulas lanjut.

“Tiada pilihan. Berkenaan perkara itu tiada apa-apa pun. Kalau boleh saya tidak mahu bercakap tentang yang negatif, saya mahu yang positif sahaja,” jawabnya.

Dia juga menjawab mengenai dirinya dibandingkan dengan ibu mentua pelakon Puteri Sarah Liyana, Datin Patimah Ismail, dia sekadar menzahirkan rasa syukur.

“Pasal itu no comment, saya hanya syukur dan ucap Alhamdulillah. Saya hanya Hafiza iaitu ibu kepada Aliff Aziz,” balasnya.

Susulan itu, Hafiza turut mengharapkan yang terbaik untuk rumah tangga anak dan menantunya.

Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Kongsi Pandangan Ikhlas – “Air Mata & Lakonan Hebat Boleh Tutup Mata Manusia”

Artikel Berkaitan: “If Only People Know What We Know” – Muat Naik Quote Soal Aib, Risteena Kongsi Semula ‘Posting’ Lama Ibu Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: “Disaat Mengaibkan Menantu Kepada Orang Lain…” – Individu Dedah Perbuatan Ibu Mentua Bella Astillah

Artikel Berkaitan: “Kami Memaafkan Semua Yang Terlalu Taksub Pada Manusia Yang Belum Pasti Kebenarannya” – Ibu Aliff Aziz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Jul 2019

#Shamila are Making Fans Quickly Skeptical, and Some are More than Convinced!

Shawn Mendes and Camila Cabello once again became a hot topic of a heated discussion on the Internet. But why? Could it be…

Trending Thu, 21 Feb 2019
Hiburan Thu, 12 Dec 2019

Taylor Swift Revealed That She Didn’t Have Much Support From Pop “Community” When She First Started

Girls compete with each other, women empower one another. WE STAN! 

Featured Thu, 3 Nov 2022
Featured Wed, 18 May 2022