Nah…Ismail Izzani Jawab Dakwaan Sombong Dengan Peminat

Penyanyi Ismail Izzani tampil memberi penjelasan atas tuduhan jurugambar yang mendakwa sikapnya yang sombong ketika diajak bergambar di Kuala Lumpur Fashion Week 2018  (KLFW2018) baru-baru ini, menerusi laman Twitter.

Ismail atau lebih mesra dipanggil Mael, mengaku terkilan dilabel sombong, namun hal itu tidak membuatkan dia cepat melatah.

“Saya terkesan bukan kerana dikatakan sombong atau memikirkan persepsi netizen yang dilemparkan terhadap saya. Sebaliknya, saya tahu, saya bukan seperti itu. 

“Saya lebih tahu diri sendiri dan tidak mahu pendapat orang ramai menimbulkan kesangsian dalam diri.

“Permohonan maaf sudah dibuat kepada pihak terbabit, cuma saya sedikit terkilan kerana dia memilih untuk bersuara di media sosial. Ini membuka ruang kepada mereka yang tidak tahu cerita, melemparkan tuduhan.” katanya kepada BH Online

Menjelaskan situasi yang berlaku, Mael leka berbual bersama rakan-rakan sehingga tidak perasaan teguran oleh jurugambar tersebut.

“Saya tidak perasan ada yang datang menegur. Cuma, kadang-kadang tidak semua orang faham situasi apabila kita tidak sedar senyuman atau sapaan orang lain kepada kita.” Jelasnya

Kadang-kadang, acara yang melibatkan ramai orang, memang akan ada kejadian terlepas pandang ataupun tidak perasan bila ada orang lain yang menegur. Yang penting, hal ini tidak berpanjangan dan saling bermaafan.

 

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

Ad Ops