Terpaksa Batal Persembahan Last Minute, Anak Sulung Siti Nurhaliza Alami Kemalangan

Anak sulung penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah Khalid selamat menjalani pembedahan kecil di sebuah hospital swasta pada hari ini.

Menerusi perkongsian Siti di Instagram Story, dia menjelaskan bahawa Aafiyah mengalami kemalangan ketika terjatuh dari menaiki skuter.

“Malang tak berbau. Anak ibu jatuh scooter. Kena masuk operation teater (OT). Doakan semoga Allah SWT permudahkan.

Disebabkan kemalangan tersebut, Siti juga terpaksa membatalkan persembahan dan memohon maaf di atas kejadian yang tidak disangkakan itu.

“Minta maaf kepada client saya kerana saya terpaksa batalkan persembahan saya saat akhir kerana kemalangan yang menimpa anak saya. Doakan semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.

Pada masa sama, Siti turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan Aafiyah.

“Menjunjung kasih kepada Tuanku Permaisuri yang bertanya khabar dan mendoakan kesembuhan Aafiyah.

“Terima kasih juga buat yang mendoakan kesihatan buat Aafiyah. Insya Allah, Aafiyah cepat sembuh dari kemalangan kecil ini. Amin Ya Rabb,” tulisnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis seperti Fasha Sandha, Alif Satar, Fara Fauzana turut mendoakan kesembuhan buat anak perempuannya itu.

Maya Basir