Ummi Nazeera Pesan Jangan Ada Cinta Lokasi – “Ia Menganggu Orang Lain Kalau…”

Pelakon Ummi Nazeera berpesan kepada pelakon-pelakon lain untuk mengelakkan diri daripada cinta lokasi.

Menurutnya, dia juga pernah melalui fasa tersebut semasa sebelum berkahwin dan berkata jika berlaku pertelingkahan, proses penggambaran akan terganggu dan menyusahkan ramai orang.

“Kita pun masa zaman muda masuk set ada get to know orang masa single. Pada Ummi, sebagai seorang yang dah menjadi senior, saya nak nasihatkan jangan ada cinta lokasi.

“Ia akan menganggu orang lain dekat set kalau you all bergaduh tiba-tiba tak boleh nak berlakon sekali secara automatik orang belakang tabir semua tak boleh nak shoot sebab you all ada masalah.

“Itu sudah menyusahkan orang lain. Dalam Islam tak boleh. Menyusahkan diri sendiri, its between you and Allah. Menyusahkan orang lain, its between you and people and Allah. Macam mana nak minta maaf dekat orang tu?

“Jadi nasihat saya tak payah. Tapi kalau you guys hold dulu cinta lokasi tu, lepas habis shoot nak continue dan perasaan tu masih ada why not?,” katanya.

Disoal sama ada pernah berhadapan dengan situasi tersebut, Ummi pernah mengalaminya di mana dua orang pelakon tersebut tidak dapat berlakon bersama kerana bergaduh.

“Pernah. Masa mereka bergaduh, mereka tak boleh nak shoot sekali jadi masalah lah especially yang tak biasa nak control perasaan tu.

“Bila bermain dengan perasaan ni bahaya, unless you pandai control perasaan dan go ahead kalau nak cinta lokasi. Kena profesional lah, itu saja,” ujarnya.

Ummi ditemui semasa Majlis BCF Lead Award 2022 di Glamhall Damansara, semalam.

Pada perkembangan lain, Ummi telah dilantik sebagai duta untuk produk busana muslimah jenama By Chefiza yang diasaskan oleh Che Nurul Hafizah Che Zulkifli dan suami, Muhammad Fitri Abdul Razak.

Sebagai duta, Ummi memikul tanggungjawab yang besar untuk mempromosikan dan menjadi wajah produk tersebut.

Namun, dia cuba sedaya upaya untuk menggalas tanggungjawab itu dengan menjaga nama baiknya dan mengelakkan diri daripada membuat kesilapan.

“Pada saya, tanggungjawab terbesar adalah dengan tidak membuat silap contohnya di dalam kehidupan peribadi saya atau apa-apa yang memburukkan nama saya dan brand di sekeliling saya,” jelasnya.

Maya Basir