Terpaksa Bersalin Secara Pembedahan Gara-Gara Banyak Komplikasi… Tom Beri Nama Anak Keempat Anggun

Penyanyi, Tom selamat melahirkan anak keempatnya secara pembedahan di Hospital Sungai Buloh kira-kira jam 2:30 pagi, Ahad.

Tom mendedahkan wajah dan nama anak perempuan hasil perkahwinan dengan penyanyi, Fuad itu dengan nama Anggun.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzan Raja Ikram berkata dia pertama kali bersalin secara pembedahan kerana berdepan beberapa komplikasi.

“Alhamdulillah, baby caesar, pertama kali kena caesar sebab banyak komplikasi.

“Apapun Alhamdulillah, welcome to the world baby, love Anggun,” tulisnya.

Sekadar info, Tom dan Fuad mendirikan rumah tangga pada 23 Februari tahun lalu di Batam, Indonesia.

Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki.

Manakala, Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.

Artikel Berkaitan: “Air Ketuban Terlebih Dan Berat Badan Berkurang” – Alami Banyak Komplikasi, Tom Dijangka Bersalin Awal

Aqilah Paharuzi