Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 10, 2023 @ 12:17pm

Terpaksa Jalani Pembedahan, Uqasha Senrose Keguguran Dua Kali – “Haid Datang Tak Berhenti…”

Pelakon jelita, Uqasha Senrose mengejutkan ramai pihak setelah memaklumkan dirinya pernah keguguran sebanyak dua kali.

Memetik laporan mstar, Uqasha yang mendirikan rumah tangga bersama aktor Kamal Adli selama tiga tahun ini bagaimanapun akur dengan takdir Illahi.

“Dua kali saya gugur, rasa sebak pula bila cakap pasal ni. Mungkin bukan rezeki lagi.

“Pertama kali saya tak tahu saya mengandung semasa menunaikan umrah. Saya datang haid tak berhenti, mula-mula ingatkan hormon selepas kahwin dan saya biar sahaja.

“Semasa umrah bersama suami selepas kahwin saya tak dapat buat ibadah sangat. Kemudian masa nak PRU15, sekali lagi saya datang haid tak berhenti,” ujarnya.

Jelas Uqasha lagi, kandungannya yang mencecah dua bulan itu tidak dapat diselamatkan sehingga aktres Tundukkan Playboy Itu ini terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang darah yang terkumpul.

“Saya cakap dengan suami tentang masalah datang haid tak berhenti itu dan bimbang kalau-kalau ada masalah dalaman, saya hubungi doktor sakit puan dia suruh beli ujian kehamilan (UPT).

“Bila buat ujian dapat dua garisan, kami terus pergi hospital kerana bimbang mengandung luar rahim tapi bila periksa anak dalam kandungan dah tak ada.

“Saya terpaksa jalani pembedahan kerana darah tersebut telah berkumpul di bahagian ovun,” katanya lagi.

Sementara itu, kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini tidak merancang untuk memiliki zuriat kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada penggambaran drama terbarunya.

“Mestilah sedih, siapa yang selepas kahtin tak nak ada anak. Bila dapat tahu mengandung masa itu tertanya-tamya kenapa tak jaga tapi Kamal bagi semangat kata tak apa kita cuba lagi.

“Saya pun lasak masa itu dengan penggambaran dan kerja yang tidak berhenti menyebabkan kandungan yang masih baru tak kuat lagi. Nak kerja itu boleh tapi bukan yang kasar dan berat-berat.

“Alhamdulillah, sekarang okay.. Saya pun sedang jalani penggambaran untuk drama 70 episod jadi saya tak rancang untuk ada anak buat masa ini,” tambahnya.

Sekadar info, Uqasha dan Kamal disatukan pada 5 November 2021.

Sumber: mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 7 Apr 2022

“Denda RM100,000… COVID-19 Nak Masuk 3 Tahun, Kenapa Baru Sekarang?” – Netizen Pertikai Keperluan Memakai Pelitup Muka Perakuan SIRIM

Menurut pihak kerajaan, tujuan pemakaian pelitup muka SIRIM adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat..

Featured Fri, 7 Apr 2023
Featured Fri, 7 Oct 2022
Trending Sun, 20 Dec 2020
Eat Travel Sat, 16 May 2020
Trending Mon, 22 Mar 2021

“Kalau Betul Nak Jadi Pelakon, Seriuslah!” – Izara Aishah Mohon Instafamous Tidak ‘Main-Main’

Ketika ditemui pada majlis 2 Legasi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Siti Aafiyah Khalid di Cyberjaya baru-baru ini, Izara Aishah mengakui kehadiran instafamous dalam industri lakonan pada masa kini semakin rancak.   Namun, Izara berharap […]

Trending Fri, 10 Jul 2020
Featured Wed, 2 Nov 2022
Featured Fri, 5 Jul 2019

Influencer jelmaan ‘kembar’ selebriti

Iras wajah mereka mengelirukan!

error: Content is protected !!