Terpaling Juara: RM100,000 Milik Rahmad Mega! Ini Recap Konsert Terakhir

Konsert Terpaling Juara yang berakhir dengan meriah malam tadi menyaksikan persembahan yang cukup bertenaga dari semua finalis, sekaligus menobatkan Rahmad Mega sebagai juara.

Membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi, Rahmad mengatasi tiga finalis lain iaitu Iqmal, Hazami dan Shaz.

Pada konsert akhir ini, semua finalis berentap dengan membuat persembahan solo dan duet bersama kapten masing-masing menerusi lagu yang telah dipilih oleh peserta.

Pada konsert akhir Terpaling Juara, semua persembahan dinilai oleh juri tetap Datuk Hattan dan Fauziah Latiff serta Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai juri jemputan.

Juri memberi 70 peratus daripada markah keseluruhan, sementara baki 30 peratus markah diperoleh daripada undian penonton melalui www.xtra.com.my/terpalingjuara.

Jom kita semak kedudukan penuh finalis serta ringkasan komen juri di malam akhir konsert Terpaling Juara malam tadi.

#Rahmad Mega & Hael

Fauziah Latiff: Voice control awak sangat baik, gandingan yang sangat baik.

Datuk Seri Siti Nurhaliza: Satu vocal arrangement yang bagus.

Datuk Hattan: Persembahan yang mantap.

#Aqmal & Naim

Datuk Hattan: Sepanjang lapan minggu, hari ini dia memuaskan hati saya.

Fauziah Latiff: Persembahan overall bagus.

#Hazami & Akim

Datuk Hattan: Pembukaan persembahan yang baik dari Hazami dan kaptennya. Awak menyanyi memang menusuk dan suara awak sangat sedap.

Datuk Seri Siti Nurhaliza: Bukan semua orang boleh menyanyi low note seperti Abang Hazami buat, sampai dijiwa dan saya kagum dengan kawalan dan penghayatan yang baik.

#Shaz & Hael

Datuk Seri Siti Nurhaliza: Saya nampak Shaz boleh pergi jauh dalam industri.

Datuk Hattan: Ada sedikit keraguan, mula-mula sedap namun sudah hilang fokus di chorus.

Konsert minggu ke-8 Terpaling Juara turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Floor 88 menerusi lagu Medley Chikadun dan Hutang yang pernah dipertandingkan pada Semi Final Muzik-Muzik 36 dan Anugerah Juara Lagu 35.

Bukan itu sahaja, kemeriahan konsert diteruskan dengan penampilan istimewa penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi lagu Medley Wajah Kekasih, Ku Milikmu dan Balqis juga pernah dipertandingkan pada Anugerah Juara Lagu.

Untuk info, Terpaling Juara menampilkan Vivo sebagai penaja utama, Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio rasmi, Berita Harian dan Harian Metro sebagai rakan media rasmi serta Xtra dan Oh Bulan! Sebagai rakan digital.

Maya Basir