Ezurin Khyra Lancar 10 Rekaan Skaf Eksklusif Mampu Milik Buat Semua Wanita

Bercirikan konsep versatil dan tenaga luar biasa, fashionista dan sosialit terkenal, Ezurin Khyra tampil dengan koleksi skaf mampu milik yang boleh digayakan oleh sesiapa sahaja tidak kira pangkat, kedudukan, keturunan, warna kulit dan agama.

Menurutnya, 10 koleksi skaf dibawah jenamanya ini adalah terdiri daripada 10 rekaan corak berbeza yang diilhamkan dari 10 lokasi kegemaran yang pernah dikunjunginya.

Malah, ia juga merupakan permulaan untuknya menghasilkan skaf yang boleh dijadikan koleksi, sekaligus mampu memberi impak kepada wanita supaya kelihatan elegan dan berani sesuai dengan nama yang diambil Skaf E For All.

“Sebagai permulaan saya tampilkan 10 koleksi skaf E For All yang dinamakan dari 10 lokasi yang pernah saya lawati iaitu Istanbul, Doha, Bahia, Rio, Dubai, Jakarta, Paris, Milan, Madrid dan Kuching.

“Koleksi skaf ini tidak terhad kepada wanita muslimah sahaja, malah setiap wanita tidak kira pangkat, agama, bangsa atau kaum mempunyai cara tersendiri dalam menggayakan skaf ini.

“Saya sangat teruja untuk melihat skaf ini dimiliki oleh setiap wanita di seluruh dunia sekali gus menjadi ‘trendsetter’ kepada fesyen skaf yang menjadi trend hari ini.

“Jadi setiap rekaan yang saya gambarkan dalam skaf ini mempunyai nilai eksklusif dan estetika yang tersendiri.
katanya.

Ditanya mengapa memilih skaf berbanding pakaian lain, Ezurin berkata, skaf adalah aksesori fesyen yang wajib ada bersamanya.

“Saya sentiasa membawa skaf saya ke mana-mana. Ia adalah aksesori mesti ada di dalam beg kerana saya suka menggayakannya.

“Jadi, apabila saya mahu tampil dengan jenama sendiri, saya berfikir sebaik-baiknya agar item fesyen yang dipilih sesuai untuk pasaran umum. Kalau saya buat koleksi pakaian, agak payah untuk saya bersaing dengan jenama-jenama besar yang ada,”  jelasnya.

Harga mampu milik?

Sebagai seorang ikon fesyen dan mempunyai hubungan baik dengan barisan artis antarabangsa seperti Lady Gaga dan Kim Kardashian, pastinya Ezurin sangat menitikberatkan pemilihan fabrik skaf nya ini.

“Saya seorang yang sangat ‘details’, jadi saya mahu semuanya sempurna. Proses yang paling susah untuk menghasilkan skaf ini ialah ketika memilih warna-warna yang mahu ditampilkan. Saya mahukan warna-warna yang tidak terlalu terang, dan tidak terlalu gelap. 

“Selain itu, saya juga sangat menitikberatkan pemilihan fabrik. Saya mahukan fabrik yang selesa ketika dipakai dan mudah untuk digayakan dalam pelbagai cara. Sebab itulah fabrik kapas jadi pilihan,” katanya.

Sementara itu, Ezurin memaklumkan beliau melancarkan koleksi skaf ini bukanlah semata-mata untuk mengaut keuntungan lumayan, tetapi untuk memberi semula sesuatu yang boleh dimiliki oleh semua.

Oleh itu, setiap 10 koleksi skaf E For All ini akan dijual dengan harga mampu milik iaitu RM29.90 dan boleh dimiliki secara online di www.eforezurin.com atau boleh didapati dengan 212 stokis berdaftar.

“Saya harap skaf ini akan menjadi satu permulaan baharu kepada setiap wanita untuk menggayakan skaf ini di kepala mengikut cita rasa dan gaya yang anda inginkan.

“Saya menceburi bisnes fesyen ini bukan untuk mengejar kekayaan tetapi saya ingin melihat setiap wanita bertambah jelita dan bergaya dengan skaf E For All ini,” katanya.

 

Salma Syahbuddin