Hiburan By: Padin June 23, 2022 @ 12:51pm

Terpalit Dakwaan Pukul Penghuni Kondo, Noor Nabila Sentiasa Sokong Sharnaaz Ahmad

“Saya sentiasa menyokong dan berada di belakang dia.”

Itu kenyataan bekas isteri kepada Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila mengenai penahanan reman pelakon itu baru-baru ini ekoran dakwaan memukul penghuni kondominium.

Mengetahui cerita penuh daripada pihak Sharnaaz, usahawan itu mengakui terkejut apabila mendengar khabar terbabit.

“Ketika mendengar khabar itu, saya terperanjat. Sudah pasti saya bertanya kepada Sharnaaz mengenai apa yang terjadi.

“Mengenai kes yang sedang berlangsung, saya tak nak komen lebih atau ulas lanjut sebab ia membabitkan siasatan polis.

“Walau apa yang jadi, Sharnaaz tetap bapa kepada anak kami, Jebat Jayden. Saya menyokong dia dan hubungan kami pun memang baik demi anak,” katanya.

Nabila ditemui di majlis pelancaran kolaborasi Naelofar x Disney Alice in Wonderland di IOI City Mall, Putrajaya sebentar tadi.

Nabila juga mendedahkan Sharnaaz menitiskan air mata apabila bertemu dengan anak selepas tiga hari direman.

“Sharnaaz hantar video dia bertemu Jayden kepada saya selepas kes itu. Dia menitiskan air mata ketika Jayden memeluknya. Saya beritahu Sharnaaz, apa pun yang terjadi, terus pandang ke hadapan dan esok adalah hari baru.

“Mengenali Sharnaaz, dia seorang yang tegas dan bertanggungjawab. Dia sangat sayangkan anak dan itu saya tak boleh nafikan,” katanya.

Terdahulu, pelakon itu direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di kondominium di Segambut.

Sharnaaz yang juga penghuni di kondominium sama didakwa menumbuk dan menendang mangsa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 31 Oct 2023
Trending Thu, 4 Jan 2018

Wan Azizah Umum Anwar Bakal Bebas 11 Jun Ini

Tempoh hukuman penjara bagi Anwar selama lima tahun dipendekkan menjadi 3 tahun

Hiburan Sun, 1 Sep 2019
Trending Wed, 3 Apr 2019

Netizen tersentuh Park Bo Gum mengalunkan lagu Belaian Jiwa semasa siri jelajah di Malaysia

Sebutan katanya semasa nyanyian seolah-olah penyanyi tempatan.

Hiburan Sat, 2 Jun 2018

Lega! Semua Dah Berakhir

Saya menaruh harapan yang sangat tinggi terhadap ‘aku janji’ dari pihak dia yang telah difailkan di mahkamah akan menjadi noktah buat semua.

Trending Wed, 17 Aug 2022

Hormat Keputusan Rakan Mahu Bersara, Fedi Nuril Harap Laudya Cynthia Bella Temui Ketenangan

Pelakon Indonesia, Fedi Nuril menghormati keputusan sahabat baiknya yang juga aktres popular, Laudya Cynthia Bella yang mahu bersara daripada dunia hiburan. Menempa populariti menerusi gandingan mereka dalam filem Syurga Tidak Dirindukan, Fedi sebagai seorang sahabat […]

Featured Thu, 22 Sep 2022
Hiburan Mon, 23 May 2022