Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain January 9, 2023 @ 1:45pm

Terpalit Dengan Isu Curang, Abby Abadi Beri Teguran Halus Buat Netizen – “Jangan Buat Palatao Okay”

Sering terpalit dengan isu kecurangan yang berlaku dalam rumah tangga, pelakon Abby Abadi tampil memberi teguran halus buat netizen, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Abby meluahkan rasa kurang senangnya apabila ada pihak yang membangkitkan semula isu rumah tangganya bersama bekas suami, Norman Hakim.

“Oh Malaysiakuuuu.. Bila ada isu rumah tangga dikalangan artis, ada yang curang.. mesti terkaittt dan dikaitkan juga dengan saya ye. Saya buat video seronok-seronok pun macam-macam orang kata.

“Saya okay je kalau cakap yang indah-indah takpa. Ini memandai-mandai kata itu ini, siap bagi contoh kisah saya tu pastu sambung fitnah pada saya dulu, macam saya pulak yang bersalah. Ewah ewahh,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Abby turut menjelaskan situasi sebenar yang berlaku antara dia dan bekas suaminya bagi menghentikan segala spekulasi dalam kalangan warganet.

“Jadi saya nak jawab yang sejujurnya dulu saya tak pernah serang siapa-siapa. Tak pernah ya sebab saya taktahu siapa orang ketiga, ke empat semua tuu sebab saya tak berjaya cek handphone ex (bekas suami) dan tak berjaya menjejaki gerak geri gasing dia waktu itu sebab dia kata dia busy shooting ya.

“Dan ex tuuu memang jenis lari-lari dan tak balik-balik.. Jadinya, saya banyak taktahu sebelum jeng jeng jengggg.

“Yang kata saya serang ex dekat lokasi shooting, saya mencari je sebab lama tak jumpa dan nak kan penjelasan. Takda bawa senjata apapun.

“Dan bila jumpa orang kata saya marah-marah, nangis-nangis, dah tuuuu? takkan saya nak seronok-seronok kalau ex tak balik-balik dan sampai dah nak bercerai bagai?,” jelasnya.

Malah, Abby juga sempat menegur sesetengah pihak yang bertindak seakan-akan mereka lebih tahu situasi yang berlaku ketika itu untuk berhenti membuat sebarang spekulasi dan mengaitkannya dalam isu tersebut.

Menurut Abby, dia lebih selesa merahsiakan perkara itu sendiri dan tidak mendedahkan perkara tersebut dengan mana-mana pihak mahupun ahli keluarga terdekat.

“Aduhh laaa akak-akak bawanggg, achik-achik dan abang-abang bawang, tolonglah jangan lebih tahu ya. Saya yang melaluinya. Jadi jawapan atau segalanya semua dengan saya.

“Apa yang saya boleh cakap saya tak bercerita banyak benda. TERLALU BANYAK! simpan lama ni. Terlalu banyak yang hanya saya dan ALLAH yang tahu.

“Family pun taktahu. Arwah Mak dan Ayahpun taktahu ..Adik beradik pun taktahu, Anak-anak pun taktahu. Jadi jangan buat palatao okay,” katanya.

@abbyabadi112Oh Malaysiakuuuu.. Bila ada isu rumah tangga dikalangan artis, ada yg curang.. mesti terkaittt & dikaitkan juga dengan sy ye. Sy buat video seronok2 pun mcm2 org kata.. Sy ok je kalau cakap yg indah2 takpe.. Ini memandai2 kata itu ini, siap bg contoh kisah sy tu pastuuu sambung fitnah pada sy dulu, mcm sy pulak yg bersalah…. ewah ewahh.. Jadi sy nk jawab : yg sejujurnya dulu sy tak pernah serang siapa2. tak pernah ya sbb sy taktahu siapa org keriga, ke empat semua tuu.. sbb sy tak berjaya cek hp ex & tak berjaya menjejaki gerak geri gasing dia waktu itu sbb dia kata dia busy shooting ya… & ex tuuu mmg jenis lari2 dan tak balik2.. Jadinya, sy banyak taktahu sebelum…….jeng jeng jengggg 🫢 Yg kata sy serang ex dekat lokasi shooting, sy mencari je sbb lama tak jumpa & nk kan penjelasan. Takde bawa senjata apapun.. Dan bila jumpa org kata sy marah2, nangis2, dah tuuuu? takkan sy nk seronok2 kalau ex tak balik2 & sampai dah nk bercerai bagai? 👀👻 Aduhh laaa Akak2 bawanggg.. , Achik2 & Abang2 bawang.. tlglah jangan lebih tahu ya. Sy yg melaluinya. Jadi jawapan/ segalanya semua dengan sy. Apa yg sy buleh cakap sy tak bercerita banyak benda.. TERLALU BANYAK! simpan lama ni…Terlaluuu banyak yg hanya sy & ALLAH yg tahu. Family pun taktahu. Arwah Mak & Ayahpun taktahu ..Adik beradik pun taktahu, Anak2 pun taktahu. Jadi jangan buat palatao ok 👻 pe: video sekadar hiasan 🫢😝♬ Kini Ecko Pergi Meninggalkanku – Ecko Show

Terdahulu, Abby dan Norman pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2002 dan bercerai pada 2008.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu, Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Danisha Hakim.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Onew’s Military Enlistment Date Announced

Fans are already looking forward to his discharge…

Contest Thu, 25 Apr 2019

xtra好康头 | 送你黎明《METRO LIVE》云顶演唱会入门票

xtra好康头送你《黎明「METRO LIVE」云顶演唱会》入门票,让你沉浸在青春的满满回忆中!

Hiburan Sun, 22 Oct 2023

Wajah Anak Dihina Netizen, Disamakan Dengan OKU Sindrom Dobby! Kak KM Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-Undang

Tajam betul kata-kata orang yg sempurna! Ingat, benda tu boleh berbalik kat kita yang mengata tau.

#tilljannah Wed, 7 Dec 2022

Lucu! Gelagat Dai Syed & Hana Ismail Buat Peminat Single Cemburu – “Malasnya Nak Bernafas…”

Pasangan suami isteri Dai Syed dan Hana Ismail selamat diijabkabulkan pada 3 Disember lalu di Masjid Ibnu Mas’ud Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Baru-baru ini, Syed memuat naik sebuah perkongsian di laman Instagramnya […]

Trending Hari Ini Fri, 1 May 2020

“Maaf, Perjalanan Rentas Negeri Untuk Sambutan Aidilfitri Tidak Dibenarkan” – PM

Jangan bersedih, ini semua untuk kebaikan kita jugak ok?

Hiburan Mon, 3 Apr 2023
Featured Tue, 3 Jan 2023
Featured Tue, 1 Jan 2019

Tidur Cukup 8 Jam Tapi Masih Rasa Mengantuk, Apa Yang Tak Kena?

Rasa mengantuk yang tak berkesudahan bererti ada sesuatu yang mengganggu fikiran anda!

Trending Tue, 24 Mar 2020

Masih Belum Jalani Ujian Covid-19, 3800 Jemaah Tabligh Bakal Diburu!

Tolonglah jangan degil dan ambil mudah isu Covid-19 ni okay!

error: Content is protected !!