Terpalit Dengan Lelaki VIP? Ini Respons Anna Jobling

Pelakon kesayangan ramai, Anna Jobling turut tidak terlepas daripada kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan individu yang berstatus VIP.

Memetik laporan Gempak, Anna tampil memberi respons terhadap persoalan tersebut.

Kata Anna, dia bukanlah seorang yang jenis suka melayan malah tidak membaca mesej yang mempunyai unsur salam perkenalan daripada lelaki.

“Jujurnya saya tak baca DM atau apa pun misalnya kalau ada salam perkenalan dari lelaki ke VIP ke atau lelaki tua ke muda ke. Jadi kalau ada, saya pun tak tahu,” jelasnya.

Tambah, pelakon drama Melur untuk Firdaus itu menyatakan dia tidak berminat dengan perkara sedemikian.

“Tapi saya tak suka melayan, ya saya tak berminat. Mereka boleh cuba, tapi no thanks!” ujarnya kepada Gempak.

Dalam perkembangan lain, Anna berkongsi bahawa sedang membaca skrip karya Melur untuk Firdaus 2 yang dijangka bakal ditayangkan pada tahun ini.

Artikel Berkaitan: Tak Sabar! ‘Melur Untuk Firdaus Season 2’ Trending Di Twitter, Anna Jobling & Meerqeen Buat Peminat Excited

Sumber: Gempak

Atiqah Johari