“Babak & Pakaian Sangat Mencolok Mata” – Mohon Penelitian Pihak Berwajib, PU Syed Kritik Filem Pulau

Dikenali dengan kelantangan bersuara, sekali lagi pendakwah bebas PU Syed meminta pihak berwajib meneliti filem berjudul Pulau.

Menerusi hantarannya di Instagram, PU Syed membuat teguran mengenai filem tersebut dan meminta pihak berkaitan untuk meneliti filem itu sebelum dtayangkan kerana didakwa memiliki adegan dan gaya pemakaian yang tidak senonoh.

“Mohon pihak berwajib dan yang berkaitan agar meneliti filem ini kerana banyak adegan dan gaya pemakaian yang sangat teruk!

“Jika terlalu melampau, sekat dari ditayangkan!” tulis PU Syed.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dan menyokong akan kenyataannya yang menyatakan filem tersebut tidak sesuai untuk ditayangkan untuk umat Islam.

Untuk info, filem kontroversi berjudul Pulau ini bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Mac 2023.

Filem bergenre thriller seram ini dibintangi oleh pelakon ternama seperti Amelia Henderson, Alif Satar, Ikmal Amry, Harris Annuar, Namron, Sabronzo, Sanjna Suri, Joey Leong, Mark O’Dea, Pui Yi, Vikar dan ramai lagi.

 

Atiqah Johari