Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 28, 2022 @ 6:53pm

Terpalit Kes Rogol Remaja Bawah Umur, Ustaz Kazim Elias Terkilan

Penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias, 49, meluahkan rasa terkilan apabila dirinya dituduh melakukan amang seksual kepada seorang remaja berumur 14 tahun.

Ia susulan selepas media melaporkan seorang penceramah bebas bergelar ustaz dalam lingkungan usia 30-an ditahan atas pertuduhan merogol remaja perempuan baru-baru ini.

Ekoran ritu, secara tidak langsung ramai dalam kalangan wargamaya telah menimbulkan spekulasi liar dan mula berteka-teki mengenai gerangan suspek berkenaan sehingga nama Ustaz Kazim turut terpalit sama.

Tidak berdiam diri, Ustaz Kazim tampil mempertahankan diri untuk mengelak imejnya terus dicemarkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Artikel Berkaitan: Penceramah Bebas 30-an Direman 5 Hari, Didakwa R*gol Remaja 14 Tahun

Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan Kronologi Mangsa R*gol Penceramah Bebas – “Tanya Bab Agama, Tapi…”

“Dalam mereka berteka-teki nak mengetahui gerangan pendakwah terbabit, saya juga terkena tempiasnya.

“Nasib baik umur saya sudah 50-an, malah terdapat nama-nama lain turut disebut-sebut,” ujarnya.

Sementara itu, Ustaz Kazim turut berkata dia terkilan dengan cara penyampaian segelintir media yang tidak jelas terutamanya melibatkan kes sedemikian kerana difahamkan boleh menimbulkan fitnah.

Ustaz Kazim menerusi ceramahnya telah menegur pihak media untuk berlaku adil kepada semua golongan serta tidak perlu menggantungkan sesuatu laporan.

“Pemberita patut lebih khusus jika ingin menggambarkan si pesalah. Jangan dibiarkan tergantung atau sembrono labelkan dengan gelaran ustaz.

“Sekarang ni zaman orang tunggu masa saja nak hentam ustaz-ustaz. Lebih adil sekiranya gambaran pelaku itu adalah berdasarkan fizikalnya semata-mata,” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut memperingati semua pihak agar tidak terus mudah menjatuhkan hukuman kepada suspek sekiranya masih belum didapati bersalah.

Artikel Berkaitan: Ada Mendakwa Remaja 14 Tahun Yang R*gol Penceramah Bebas? Firdaus Wong Tampil Bidas Dakwaan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Dilarang Menaiki Pesawat Di Vietnam Hanya Kerana Isu Bateri Macbook Pro

Beliau kini tersangkut di Vietnam untuk pulang ke Eropah.

Hiburan Tue, 11 Jun 2024

Dina Nadzir Tak Setuju Segelintir Selebriti Guna Isu Kesihatan Mental Bagi Tujuan Lain 

Tak baik tau guna isu kesihatan mental semata nak promosi sesuatu benda

Selebriti Wed, 26 Jun 2024
Hiburan Sat, 17 Aug 2019

5566首次踏足马来西亚!经典神曲1228强势登入吉隆坡

5566首次踏足马来西亚「SINCE 5566」东南亚巡回再加场,12月28日经典神曲将席卷亚通体育馆,一段爱与我们的故事唤醒粉丝难忘回忆。

Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Ayda Jebat Bakal Catat Nama Dalam Malaysia Book Of Record?

Cayalah Ayda Jebat! Kelab peminat AJ’S nanti jangan lupa penuhkan kapal terbang okay!

Hiburan Sun, 15 Oct 2023