Hiburan By: Maya Basir October 15, 2023 @ 2:12pm

Ibu Dakwa Terguris Hati Kena Maki, Syafiq Minta Shila Amzah Mohon Maaf – “Jangan Bongkak Sangat Kat Dunia Ni!”

Adik lelaki kepada Shila Amzah iaitu Amir Syafiq meminta kakaknya untuk memohon maaf kepada ibu mereka susulan dakwaan bersikap biadap terhadapnya.

Menerusi hantaran Syafiq di TikTok, dia menasihatkan Shila supaya tidak bersikap sombong sebaliknya mengenang jasa dan pengorbanan ibu yang melahirkan.

“Mak ni kalau kita marah macam mana sekali pun, kita takde hak nak maki or hina mak kita. Besar sangat ke pengorbanan kau tu kalau nak di bandingkan mak yang lahirkan kau?

“Kau berbakti lah 1000 tahun sekali pun still tak terbalas jasa mak yang lahirkan kau. So, kau pergi la jumpa mak peluk cium dan minta maaf dengan mak sebelum terlambat.

“Allah nak tarik rezeki kau kejap je. Jangan bongkak sangat kat dunia ni wahai Shila Amzah,” ujarnya.

Permintaan maaf itu dipercayai merujuk kepada kenyataan ibu mereka iaitu Fauziah Sarman yang mendakwa terguris hati dengan kata-kata kesat Shila.

ARTIKEL PENUH: “Emak Tak Reda Dengan Apa Yang Shila Buat, Stop Menipu!” – Terguris Kata-Kata Kesat, Fauziah Sarman ‘Tawar Hati’ Dengan Shila Amzah?

Sementara itu, Syafiq juga sempat menyelar sikap netizen yang memihak kepada Shila tanpa mengetahui perkara yang sebenar.

“Netizen sekarang terlebih cerdik sampai maki hamun mak and hina family tu bukan lagi satu kesalahan.

“Dah emosi, maki jela. Mak je pun. Bukan penting pun. Tanpa doa mak pun aku boleh berjaya la. Serius ar? Haih. Netizen netizen,” tulisnya.

Terdahulu, kemelut anak-anak penyanyi Datuk ND Lala bermula selepas adik bongsu Shila iaitu Syada mendedahkan kediaman mereka bakal dijual sedangkan dia tidak mengetahui perkara itu.

Tampil perjelaskan tujuan, Shila memberitahu dia berhak berbuat demikian dan bakal membeli kediaman baru untuk ibu mereka.

Namun, Syafiq pula mendakwa Shila berniat menjual rumah tersebut atas dasar duit semata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa Macam Kita Ni Haiwan Strays… Dah Kena Buang, Kena Halau Lagi” – Syada Amzah Bagi Hint Rumah Nak Kena Jual?

ARTIKEL BERKAITAN: Dah Guna Kuasa Veto, Shila Amzah Nafi Halau Keluarga… Dedah Tujuan Sebenar Mahu Jual Rumah – “Bila Ibu Bapa Cerai, Rumah Tu Banyak Kisah Silam Yang Kita Tak Nak Ingat”

ARTIKEL BERKAITAN: “Korang Ingat Tak Berjuta Ke Bapa Aku Invest Dekat Dia?” – Adik Lelaki Tampil Perjelas Isu Rumah Nak Dijual, Shila Amzah Bengang Kena ‘Mute’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Mar 2023
Featured Fri, 15 Oct 2021

“Takkanlah Stop Tengok Hometown Cha Cha Cha, Hilang Semua Masalah?” – Syed Saddiq Respons Isu K-Drama Didakwa Jadi Punca Masalah Remaja

Sebelum ini, timbul isu yang dibangkitkan oleh Senator Mohd Apandi Mohamad ketika perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara pada Rabu. Menurutnya, pengaruh drama korea (K-Drama) dalam kalangan remaja hari ini menjadi salah satu […]

Trending Mon, 22 Jun 2020
Hiburan Tue, 27 Feb 2018

黄明志遭扣4天获释「谢谢大家的关心」

黄明志因新歌《狗一样》遭到扣留,该首歌曲影片因涉嫌侮辱伊斯兰教,触犯宗教敏感线,在4天扣留期届满后,他终于在26日被允许保释外出,随即在脸书发文向粉丝报平安。

Hiburan Tue, 5 Nov 2019
Featured Sun, 2 Oct 2022
Hiburan Mon, 12 Aug 2019
Hiburan Tue, 17 Sep 2019
Hiburan Thu, 18 Jan 2024

Pernah Merajuk Dengan Industri Seni, Nadiya Nisaa Mahu Undur Diri? Mujur Rakan Artis Beri Teguran & Hadiahkan Karya Menarik

Alaa… janganlah undur diri, peminat ramai tau yang suka tengok Nadiya berlakon!