Teruja Bertemu Hwang In Youp, Gong Yoo, Aaron Kwok… Anzalna Nasir Buat Ramai Jealous!

Pelakon Anzalna Nasir meraih perhatian dalam kalangan pengikutnya selepas berkongsi suasana ketika berada di sebuah majlis tertutup jenama terkemuka antarabangsa di Seoul Korea, baru-baru ini.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Anzalna telah meluahkan rasa terujanya selepas bertemu beberapa pelakon terkemuka dari Korea seperti Hwang In Youp dan Gong Yoo.

Dalam perkongsian tersebut, Anzalna turut berpeluang untuk berbual dengan pelakon dan penyanyi dari Hong Kong, Aaron Kwok.

“Cherries private event in Seoul, Korea. I had sucha good time at the event and met a few Korean stars Hwang In Youp dan Gong Yoo. Terus nak tengok K-drama!

“Oh ya nantikan film I bersama Aaron Kwok,” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya dan rakan artis meluahkan rasa cemburu mereka terhadap perkongsian tersebut.

Fatin Nurain