Teruja Ingin Sambut Anak Ke-3, Mawar Rashid Dedah Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

Pelakon jelita Mawar Rashid mengumumkan dirinya dan suami, Raf Yaakob bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Mawar sendiri menerusi sebuah perkongsian di Instagram, semalam.

Menerusi perkongsian tersebut, Mawar yang kini sarat hamil cahaya mata ketiga itu masih kelihatan bertenaga ketika Majlis ‘Gender Reveal’ dan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran anaknya yang kedua, Cinta Raf itu diadakan.

“Part last tu paling best 🥰 Siapa teka betul smalam??? Cer reply kat komen,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya teruja dengan pengumuman tersebut.

Malah, ada juga yang mendoakan agar urusan bersalin aktres itu dipermudahkan.

Fatin Nurain