Menerusi hantaran Instagaram penyanyi Akim Ahmad, dia telah berkongsi bahawa isterinya, Stacy telah selamat melahirkan seorang putera secara pembedahan di sebuah hospital swasta di Seri Kembangan, Selangor pada jam 10.19 pagi kelmarin.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 31, turut membuat perkongsian tentang momen terindah sepanjang menemani isterinya Stacy Anam atau Ummu Shaikhah Stacy Anam di dalam dewan bersalin buat pertama kalinya.

“Saya sangat teruja kerana dapat menyaksikan proses kelahiran bayi kami. Lebih istimewa adalah momen dapat azankan zuriat saya itu.

“Tidak dapat gambarkan perasaan saya detik itu… sangat luar biasa. Selain itu, saya diberi peluang untuk bersama anak saya dalam sesi khas untuk mengukuhkan ikatan antara ayah dan bayi yang baru lahir,” jelas Akim kepada BH Online.

Ditanya mengenai nama cahaya matanya, Akim memilih nama Isa untuk bayi lelaki mereka.

“Saya pilih nama itu. Ia ringkas dan dekat dengan nama anak-anak saya yang lain. Kalau gabung ketiga-tiganya boleh jadi Isabella,” ujarnya sambil ketawa.

Untuk info, Akim dan Stacy telah mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang permata hati iaitu Eshaal Afiq Akim, 5 dan putera yang baru dilahirkan, Isa.

Pasangan penyanyi ini juga mempunyai seorang anak angkat perempuan, Bella De Luna Valentina yang kini berumur 10 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: “Yeay, Baby Boy! Alhamdulillah..” – Kongsi Wajah Baby, Stacy Selamat Bersalin Anak Kedua

Sumber: BH Online

Atiqah Johari