Teruja Tengok Busana Pengantin Rekaan ‘Designer’ Terkenal, Ruhainies Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

Pelakon jelita Ruhainies didakwa bakal mengakhiri zaman bujang tidak lama lagi selepas pereka fesyen terkenal, Fizi Woo berkongsi momen aktres itu mengenakan busana pengantin ciptaannya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Fizi Woo menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Ruhainies kelihatan sangat terkejut dan berasa teruja apabila melihat busana pengantin berwarna putih rekaan pereka fesyen itu buat pertama kalinya.

Lebih menarik lagi, Fizi Woo turut menggunakan tanda pagar #RuhainiesSayIDo sekali gus menguatkan lagi spekulasi dalam kalangan warganet.

“#RuhainiesSayIDo we are super excited for you,” tulisnya.

Terpegun melihat kecantikan pelakon itu memperagakan busana pengantinnya, rata-rata warganet menzahirkan ucapan tahniah kepada Ruhainies di ruangan komen berkenaan.

Fatin Nurain