“Away From Society, Closer To Nature” – Isteri Hafidz Roshdi Tak Hirau Kecaman Netizen, Seronok Kongsi Video Naik Kuda

Berita perkahwinan kedua pelakon sensasi, Hafidz Roshdi dan isterinya, Athira Yuhada sehingga kini masih hangat menjadi perbualan netizen di platform media sosial.

Malah, isu menjadi lebih hangat selepas Hafidz berkongsi video ‘throwback’ ketika awal perkenalan bersama cinta pertamanya, Athira pada 2009 ketika masing-masing berusia 15 tahun.

Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Lama Bersama, Hafidz Roshdi Kongsi Detik Pertemuan Dengan Isteri – “Kami Berkenalan Semasa Form 3…”

Ramai pihak meluahkan rasa berang sehingga mendakwa Hafidz seolah-olah telah ‘membuang’ segala kenangan bersama bekas isteri, Nurul Shuhada yang menjadi ibu kepada dua cahaya mata, Umairah dan Umar.

Terkini, menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Athira memuat naik video sedang menunggang kuda memperlihatkan wajahnya tampak sangat bahagia meskipun teruk dikritik.

“Away from society, closer to nature,” tulisnya ringkas di video tersebut.

Sebelumi ni, Hafidz mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan berita perkahwinan bersama Athira yang berlangsung pada malam Jumaat lalu.

Malah, dalam satu temu bual, aktor drama Melastik Ke Hatimu ini turut berkata Athira merupakan cinta pertamanya dan bersyukur memiliki seorang isteri menerima kekurangan diri seadanya.

Artikel Berkaitan: “Jangan Kerana Satu Kesilapan, Semua Kebaikan Dia Kita Tak Nampak” – Hafidz Roshdi

Artikel Berkaitan: “Pernikahan Ini Bukti Saya Tak Pernah Menipu” – Hafidz Roshdi Kahwin Lain, Bekas Isteri Tak Halang Anak-Anak Jumpa Athira Yuhada

Artikel Berkaitan: “Dia Cinta Pertama & Terima Kekurangan Saya Seadanya,” – Hafidz Roshdi Syukur Jadi Suami Athira Yuhada

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tamat Zaman Duda, Hafidz Roshdi, Athira Yuhada Sah Bergelar Suami Isteri

Artikel Berkaitan: “Toxic Gila, Lagi Toxic Dari Bekas Laki Dia…” – Dituduh ‘Merentan’ Gara-Gara Letak Nama Penjaga Kedua, Bekas Isteri Hafidz Roshdi Tampil Bidas Kenyataan Individu

Aqilah Paharuzi