Categories: SelebritiTrending

“Pelantikan Ini Bagai Mimpi ‘Gila’ ” – Impian Tercapai! Atilia Haron Kini Bergelar Pensyarah

Penyanyi Atilia Haron kini bergelar seorang pensyarah di sebuah universiti swasta tempatan selepas 40 tahun melibatkan diri dalam industri seni.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Atilia, 49, meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjadi ahli akademik tercapai menerusi pelantikan baru-baru ini.

“Perkara ini berlaku sekitar tiga bulan lepas apabila secara rasmi saya dilantik sebagai salah seorang tenaga pengajar di School of Liberal Arts and Sciences dekat Taylor University Lakeside Campus, Subang Jaya.

“Menerusi pelantikan ini, saya diberi tanggungjawab untuk mengajar muzik, teater serta persembahan selain Yoga dan aktiviti-aktiviti lain.

“Pelantikan ini ibarat mimpi ‘gila’ yang tak pernah saya jangkakan akan menjadi kenyataan. Alhamdulillah, selain menyanyi, mengacara, berlakon, mengajar yoga, kini saya bergelar pensyarah pula,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Kekanda Adinda ini menjelaskan pelantikan itu tersebut dibuat berdasarkan pengalamannya dalam bidang seni selain latar belakang pendidikannya.

“Saya perlu ambil peperiksaan dan menjalani penilaian selama tempoh tiga bulan sebelum layak dianugerahkan gelaran profesor oleh universiti tersebut.

“Saya bersyukur kerana pengalaman empat dekad sebagai seni akhirnya melorongkan peluang untuk menjadi tenaga pengajar,” ujarnya kepada wartawan Utusan Malaysia.

Sumber: Utusan Malaysia

Atiqah Johari