[VIDEO] Tak Terfikir Untuk Cari ‘Boyfriend’, Anna Jobling Rancang Nak Tunai Umrah Tahun Depan

Pelakon, Anna Jobling dikhabarkan mempunyai perancangan untuk menunaikan ibadah Umrah pada tahun hadapan.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi sesi siaran langsung yang disunting oleh peminatnya di platform TikTok.

“Sebenarnya Anna nak pergi Umrah tahun depan, Insya-Allah doakan,” katanya menjawab persoalan netizen.

Sementara itu, aktres drama rantaian popular Melur Untuk Firdaus ini turut berkata dia tidak mencari kekasih hati serta tidak memerlukan sesiapa buat masa ini.

“Saya tak nak mencari lelaki atau sesiapa pun. Saya tak mahu teman lelaki,” katanya.

Aina berkata demikian ketika menjawab pertanyaan peminatnya yang bertanya ciri-ciri jejaka idamannya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen mendaoakan agar impian Anna untuk menunaikan Umrah akan tercapai dan dipermudah.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 50,000 tontonan, 3,000 tanda suka dan 40 komen.

@14arcv

she loves herself more and she sooooo happy😻 #annajobling

♬ original sound – something……

Sebelum ini, gandingan Anna dan pelakon, Amir Ahnaf menjadi perhatian ramai apabila kerap membuat video bersama di TikTok ketika melakukan penggambaran drama Syurga Itu Bukan Mudah.

Susulan itu, Amir menjelaskan dia tidak merampas Anna daripada rakan seperjuangan, Meerqeen.

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Rasa Antara Kami Bertiga Ada…” – Amir Ahnaf Jawab Tuduhan Rampas Anna Jobling Daripada Meerqeen

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Suka Orang Disrespectful!” – Amir Ahnaf Perjelas Keluar Kata Kesat, Bengang Individu Komen Jelek Terhadap Arwah Bapa Anna Jobling

Artikel Berkaitan: “Gila! Benda Tu Memalukan” – Foto Seksi AI Tular, Anna Jobling Bakal Ambil Tindakan

Artikel Berkaitan: Kerjaya Seni Terus Bersinar, Anna Jobling Lebarkan Sayap Ke Negara Seberang

Aqilah Paharuzi