Categories: HiburanTrending

Rahsiakan Perkahwinan? Michelle Yeoh Akhirnya Tunai Janji Kepada Ibu, Adakan Majlis Resepsi Di Ipoh

Aktres tersohor, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya menunaikan janji kepada ibunya, Datin Janet Yeoh untuk mengadakan majlis resepsi bagi meraikan perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan terkenal, Jean Henri Todt.

Majlis tersebut difahamkan berlangsung di sebuah restoran di Ipoh pada Ahad lalu.

Dihadiri lebih kurang 100 tetamu termasuk ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat, majlis tertutup itu tetap berlangsung meriah dan cukup bermakna.

Memetik laporan mStar, pemenang anugerah Oscar itu dilihat anggun baju tanpa lengan bersama seluar rona hijau manakala suaminya pula berpakaian kasual serba hitam.

Terdahulu, Janet mendedahkan dia tidak mengetahui tentang khabar pekahwinan anak perempuannya itu.

Sedih dengan perkara tersebut, Janet bagaimanapun meminta pelakon filem Crazy Rich Asians itu untuk mengadakan majlis resepsi di Malaysia.

Untuk rekod, Yeoh mendirikan rumah tangga dengan Todt pada 27 Julai lalu dan majlis perkahwinan mereka diadakan secara tertutup di Geneva, Switzerland.

Sumber : mStar

Syamir Shafie