Hiburan By: SGMS Faida June 12, 2018 @ 10:49pm

Teruja Curah Idea Untuk Muzik Muzik Raya

Penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris mengaku teruja dan sama sekali tidak menyangka diberi peluang menjadi penerbit dalam menjana idea merealisasikan Muzik Muzik 33 Raya.

Tema tahun ini mengangkat irama tradisional bersesuaian dengan konsep rumah terbuka dan rewang sempena Aidilfitri.

“ Ini merupakan pertama saya dipanggil memberi idea dan konsep rakaman program ini. Malah, pilihan lagu diputuskan saya,” katanya.

Tambah Noraniza, dia percaya penonton bakal terhibur dan memahami keunikan irama tradisional apabila diangkat program hiburan popular seperti MM33.

“Melihat artis muda menyanyikan lagu tradisional memberi harapan bahawa satu hari nanti, genre muzik itu akan kembali menjadi fenomena,” katanya.

MM33 Raya tahun ini menyaksikan barisan artis popular menyanyikan lagu-lagu berirama Malaysia dan moden artis seperti Fee Haiqal, Sufian Suhaimi, Ismail Izzani, Hael Hussaini, Ernie Zakri, Wany Hasrita dan Haqiem Rusli.

MM33 Raya yang dihoskan penyampai stesen radio Hot FM, Haziq Hussni dan Sherry Alhadad, dijangka disiarkan pada Syawal pertama.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 12 Mar 2019

National Geographic Earth Day Run to Combat Single-use Plastics

What better way to save the earth and get rid of single-use plastics!

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Selebriti Fri, 15 Sep 2023