Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari February 27, 2023 @ 4:14pm

Teruk Dihentam! Sophia AlBarakbah Dedah Menangis Setiap Hari, Anggap Keterlaluan Dilabel ‘Penyondol’

Pelakon kontroversi, Sophia AlBarakbah berkongsi bahawa dia menangis setiap hari selepas dihentam teruk.

Malah, memetik laporan Gempak, Sophia juga menganggap istilah ‘penyondol’ yang dilabel ke atasnya adalah keterlaluan.

“Saya menangis setiap hari (sewaktu kontroversi melanda).

“Tapi saya kena kuat. Saya tidak boleh bersedih dan melayan hal yang tidak berkaitan dengan kerja saya.

“Cuma ya, perkataan penyondol adalah satu label yang tidak baik dan keterlaluan,” luah Sophia kepada Gempak.

Bukan itu sahaja, wartawan Gempak sempat minta penjelasan mengenai perasaan cintanya terhadap Aliff Aziz namun Sophia hanya menggeleng kepala.

“Tidak dan saya rasa adalah lebih baik saya tidak cakap atau ulas,” tuturnya.

Namun begitu, Sophia akui yang emosinya makin baik dan mampu berdepan dengan segala kontroversi.

“Macam mana pun saya kena kuat. Saya tidak boleh beri hal-hal bukan berkaitan kerja mempengaruhi kehidupan saya.

“Saya tidak boleh tutup mulut orang untuk bercakap dan itu hak mereka.

“Tapi untuk diri saya, saya mahu fokus hanya kepada kerja,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Sophia didakwa mengganggu rumah tangga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Sophia AlBarakbah Ganggu Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah, Ruangan Komen Instagram Kena Serang

Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Berselimut Dalam Panggung Wayang, Sophia AlBarakbah Mesra Berpelukan Dengan Teman Lelaki?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Semua Orang Bersikap Profesional” – Masih Jalani Penggambaran Dengan Aliff Aziz, Fokus Sophia Albarakbah Tak Terganggu

Artikel Berkaitan: Berani Kerana Benar, Bella Astilah Dedah Bukti Perbualan Dengan Sophia Albarakbah – “Please Forgive Me, I Nak Tebus Salah”

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Apr 2019

Ilyka Nafi Tolak Kerjasama Dengan Komposer Tempatan

Di usia 47 tahun, vokal Datin Seri Ilyka masih memukau!

Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Featured Wed, 17 May 2023
Featured Fri, 10 Feb 2023
Hiburan Mon, 7 Oct 2024

Rumah Tangga 4 Tahun Terlerai, Emma Maembong Sah Bercerai… Selesai Jalani Tempoh Idah

Allahuakbar, lepas satu satu kes cerai kan hm 🥹 Tapi walaupun dah cerai, Emma & bekas suami masih berbaik demi anak-anak

Trending Tue, 17 Sep 2019
Trending Wed, 17 Jun 2020

Bil Elektrik Melambung Tinggi? Kini Pengguna Boleh Tuntut Kepada TTPM

Berita baik buat semua yang mengalami masalah bil api melambung tinggi

Featured Mon, 15 Jun 2026
error: Content is protected !!