Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 2, 2026 @ 12:24pm

Rekod Anak Dipersoal Tak Setanding MSSM, Rita Rudaini ‘Sekolahkan’ Netizen – “Semua Atlet Bermula Dari Bawah”

Pelakon, Rita Rudaini tampil membidas kenyataan seorang individu yang didakwa memperlekeh pencapaian anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, yang berjaya mencipta rekod baharu di Kejohanan Olahraga MRSM.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, Rita meluahkan rasa kurang senang terhadap komen yang mendakwa kejayaan anaknya di peringkat MRSM tidak boleh disamakan dengan kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

Menurut Rita, setiap atlet perlu melalui proses perkembangan dan tidak terus bersaing di peringkat tertinggi.

“Semua atlet bermula dari satu peringkat. Tak ada siapa terus lahir di MSSM.

“Macam awak la… keluar dari perut mak bukan terus boleh bercakap atau berlari kan?

“Bodo nya.. laki sapa entah ni… kesian mak awak beranak anak bodo,” tulisnya.

Sebelum ini, Airit Rayyan menjadi perhatian apabila berjaya mencipta rekod baharu dalam acara 110 meter lari berpagar pada Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan, sekali gus menerima pujian ramai atas pencapaian membanggakan itu.

Rata-rata netizen turut mempertahankan Rita dan berpendapat setiap atlet sememangnya perlu bermula daripada kejohanan peringkat sekolah sebelum melangkah ke pertandingan yang lebih tinggi seperti MSSM dan kebangsaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 30 Sep 2021

Jalankan Bisnes Bersama Kekasih Petanda Nak Melangkah Ke Fasa Seterusnya? Ini Respons Uyaina Arshad

Pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad menafikan bisnes yang diusahakan bersama kekasihnya, penyanyi Raja Syahiran adalah sebagai persiapan untuk melangkah ke fasa seterusnya. Mengusahakan perniagaan gerai makanan King’s Eye di Masok Food Court, Kampung Baru, […]

Hiburan Wed, 2 Oct 2019

Elfira Loy Tak Percaya Sudah Jadi Ibu!

Si cilik Elfira, secomel namanya!

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Featured Wed, 27 Nov 2024
Trending Thu, 4 Nov 2021

Tuju Tutup Kalendar Seni 2021 Dengan Khayalan

Sebagai penutup kalendar seni pada tahun 2021, anggota kumpulan K-Clique, Tuju atau nama sebenarnya, Azree Zamree melancarkan single solo terbaharunya yang berjudul Khayalan. Khayalan merupakan ciptaan bersama Tuju dengan penerbit muzik dan pencipta lagu yang […]

Hiburan Sun, 26 Jan 2025
Trending Tue, 23 Oct 2018

「猛毒卷线器」用长舌卷起你的充电线!

万众瞩目的反派英雄电影《猛毒》终于上映!至今仍然话题不断,而擅长设计创意小物的日本人也搭上这波​​风潮,推出「猛毒卷线器」,不似电影中骇人的模样,这款卷线器可爱又有创意。

error: Content is protected !!