Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 6, 2023 @ 8:17pm

“Kes Dengan Nana Selesai, Kami Nak Teruskan Hidup Seperti Biasa… Move On!” – Masih Teruk Dikecam Netizen , Lan Solo, Isteri & Syura Tak Tertekan

Penyanyi, Lan Solo dan isterinya, Nur Sheila Hassim, dan rakan baik, Syura Badron kini menarik nafas lega apabila kes saman fitnah difailkan oleh rakan seperjuangan, Siti Nordian telah berakhir dengan baik, semalam.

Menerusi sidang media yang berlangsung sebentar tadi, Lan berkata pihaknya mahu menjalani kehidupan harian seperti biasa serta memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya seni.

“Kami rasa nak jalankan kehidupan seperti biasa, penuhi tanggungjawab sebagai bapa, suami, anak dan berbahagia seperti biasa,” ujar Lan.

Sementara itu, Syura menambah berkata segala isu bersama Siti Nordiana telah selesai dengan baik, malah dia juga menegaskan agar ramai pihak tidak bertanya semula mengenai konflik ini.

“Kita move on, sampai bila nak berlanjutan. Perkara yang terjadi ini Alhamdulillah dapat diselesaikan. Kami belum sempat beri keterangan di mahkamah. Semua pihak rasanya happy dengan keputusan yang dicapai.

“Ini adalah titik noktah dan tak ada pertanyaan lagi. Dah tak nak ada soalan berkaitan itu ini lagi. Kami dah puas berdiam,” ujarnya lagi.

Manakala Nur Shiela Hassim merangkap pengurus dan isteri Lan Solo berata dia tidak pernah melihat Syura dan suaminya tertekan dek kes saman fitnah RM2.5 juta difailkan oleh Siti Nordiana.

“Sebagai pengurus, saya nampak mereka tidak terkenan kerana kami tahu kedudukan kami, kekhilafan kami.. Saya nampak mereka bahagia dan menghormati perintah mahkamah untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan,” ujarnya.

Sementara itu, Lan menjelaskan sidang media yang berlangsung pada siang tadi di kediamannya itu tiada niat untuk mengeruhkan keadaan namun hanya untuk menjelaskan persepsi daripada masyarakat.

“Kami dah jangkakan kecaman ini pasti akan berlaku, kami juga tiada kekuatan untuk menutup segala spekulasi, tanggapan orang.. Kami juga berdiam diri menghormati prosedur mahkamah.

“Saya rasa sidang media ini adalah masa yang sesuai untuk kami berkongsi sedikit sebanyak bukan untuk memanaskan keadaan tidak sebab antara kami dan Nana sendiri sudah selesai di mahkamah.

“Hanya untuk perbetulkan persepsi masyarakat,” katanya.

@xtra_my

‘Ini adalah titik noktah dan tiada pertanyaan berkenaan isu tersebut lagi’ #xtra #xtramy #beritaditiktok #beritaterkini #sembangentertainment #sitinordiana

♬ original sound – XTRA – XTRA

Dalam sidang media sama, Shiela yang juga terbabit dalam sidang media konflik tersebut mengakui perbuatan tersebut adalah sesuata perkara yang tidak wajar dilakukan.

Malah, mereka juga tidak berbangga dengan perbuatan tersebut.

“Kami sendiri tidak pernah menyatakan perbuatan kami betul, dan kami juga tidak bangga dengan apa yang terjadi. Kami juga manusia biasa, khilaf dengan apa yang terjadi.

“Apa yang kami bualkan pada malam itu sebenarnya tidak terfikir ke arah seterusnya, macam yang saya cakap tadi kekhilafan kami.

“Pengajarannya, saya rasa kalau perkara itu boleh diselesaikan secara baik teruskan. Kalau bertangguh akan melahirkan pelbagai spekulasi yang tidak benar, malah akan ditokok tambah,” katanya.

Terdahulu, Lan, Shiela dan Syura berkata mereka tidak mempunyai sebarang masalah untuk bertemu atau bekerja bersama Siti Nordiana kerana masing-masing berada dalam industri seni yang sama.

Mereka berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media berlangsung di kediaman Lan terletak di Puchong pada Tengah Hari, Selasa.

@xtra_my

Replying to @Roshida Othman Kes dah selesai, kita move on! Moga ini yang terbaik untuk semua pihak #xtra #xtramy #beritaditiktok #beritaterkini #sembangentertainment #sitinordiana

♬ original sound – XTRA – XTRA

Sebelum ini, peguam mewakili Lan, Shiela dan Syura menjelaskan tiga terma penghakiman perdamaian yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, kontroversi tercetus selepas Lan dan Syura mengadakan sesi siaran langsung di Instagram pada 20 Julai 2021 dan berkongsi mengenai konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana.

Artikel Berkaitan: Akui Keterlanjuran, Lan Solo, Isteri & Syura Nafi Bersikap Ego… Tetap Profesional Dengan Siti Nordiana – “Kes Jadi Lama Kerana Jumlah Pembayaran…”

Artikel Berkaitan: Tiada Siapa Menang Atau Kalah Dalam Kes Saman Fitnah RM2.5 Juta Siti Nordiana & Lima Sekawan

Artikel Berkaitan: Saling Bermaaf-Maafan, Kes Saman RM2.5 Juta Siti Nordiana Terhadap Lima Sekawan Selesai

Artikel Berkaitan: “Mereka Memang Tuju ‘Live’ Itu Untuk Saya, Seolah Saya Berlagak & Artis Perasan Popular” – Siti Nordiana

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Jun 2023
Hiburan Tue, 11 Jun 2019

Pemilik Kucing, Dengar Sini Nabila Huda Nak Pesan!

Saya berdoa supaya satu hari nanti pelaku yang membuang kucing, akan hilang orang paling dia sayang dalam hidup terutama ahli keluarga

Featured Wed, 3 Nov 2021

Penganggur Bunuh, Tanam Teman Wanita Kerana Cemburu

Seorang lelaki yang merupakan orang pengawasan polis (OPP) telah membunuh dan menanam mayat teman wanitanya di tepi Sungai Jebong, Kuala Sepetang, Taiping pada 27 Oktober lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Anuar Othman berkata […]

Trending Thu, 3 May 2018

Alamak! Lepas Enjin Meletup, Tingkap Pula Retak…

Tiada siapa cedera dalam insiden dua minggu selepas sebuah enjin pesawat Boeing 737 miliknya meletup lalu memecahkan satu tingkap dan mengorbankan seorang penumpang, iaitu insiden maut pertama sejak 2009.

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Perlekeh Kanak-Kanak Tak Tahu Berbahasa Inggeris, Maya Karin Kena Hentam Teruk Di Twitter?

Apapun, niat Maya itu baik cuma cara menegur itu perlu dibetulkan barangkali?

Trending Wed, 29 Apr 2020
Trending Tue, 14 Dec 2021

Tegur Rakan Tonton Video Lucah Jadi Punca Buli, 10 Pelajar MRSM Ditamatkan Pengajian Bermula Hari Ini

Sepuluh pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar yang terbabit dalam kes buli baru-baru ini ditamatkan pengajian berkuat kuasa hari ini. Memetik laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) […]

Hiburan Sun, 5 Apr 2026

Sarah Yasmine Tuntut Didi & Bella Astillah Tunai Janji Tertangguh 2 Tahun – “I Am Sick & Tired Of This”

Sarah Yasmine mendakwa Bella Astillah & Didi Astillah masih belum tunai janji yang tertangguh selama dua tahun.

Hiburan Tue, 15 Jan 2019
error: Content is protected !!