Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 6, 2023 @ 3:29pm

Tiada Siapa Menang Atau Kalah Dalam Kes Saman Fitnah RM2.5 Juta Siti Nordiana & Lima Sekawan

Selepas lebih dua tahun kes saman fitnah RM2.5 juta mahkamah antara penyanyi, Siti Nordiana dan lima sekawan akhirnya selesai dengan saling bermaafan secara terbuka di hadapan Hakim Dr. John Lee Kien How @ Mohd. Johan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Susulan itu, satu sidang media tergempar telah berlangsung di kediaman penyanyi Lan Solo atau nama lengkapnya Mohd Razlan Mohamed Yusof bersama isterinya, Nur Shiela Hassan dan rakan penyanyi, Syura Badron di Puchong.

Sidang media tersebut diadakan untuk menjernihkan nama-nama defenden iaitu anak guam dibawah Peguam Azlan Abdul Razak yang teruk dihentam netizen sehingga mendakwa mereka angkuh.

“Tujuan sidang media ini diadakan bukan untuk mengkritik mana-mana pihak, tetapi untuk mengubah presepsi masyarakat berhubung kes yang berlangsung sejak 2021 yang mendakwa mereka terlalu sombong dan angkuh untuk memohon maaf,” ujarnya.

Dalam sidang media yang berlangsung tengah hari tadi, peguam Azlan turut tampil memberi ulasan tiga terma penghakiman yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

“Pertama tanpa pengakuan terhadap liabiliti bermaksud tiada pengakuan siapa yang betul dan siapa yang salah kerana masing-masing telah berbaik.

“Pihak-pihak telah bersetuju untuk saling bermaaf-maafan dihadapan Yang Arif Hakim secara terbuka sebagai penyelesaian penuh dan muktamad bagi tindakan ini.

“Kedua, plaintif (Siti Nordiana) tidak mempunyai kebebasan atau tidak boleh untuk memfailkan semula kes.

“Dan terma ketiga, tiada perintah terhadap kos bermaksud mahkamah tkdak memerintahkan untuk mana-mana pihak membayar kepada sesiapa,” jelasnya.

@xtra_my

Replying to @Roshida Othman Kes dah selesai, kita move on! Moga ini yang terbaik untuk semua pihak #xtra #xtramy #beritaditiktok #beritaterkini #sembangentertainment #sitinordiana

♬ original sound – XTRA – XTRA

Sementara itu, Lan berkata pihaknya menerima dengan terbuka keputusan mahkamah yang telah dicapai kata sepakat bersama serta mahu memberi tumpuan untuk meneruskan kerjaya masing-masing.

“Di awal kes ini dimulakan kami mengakui kekhilafan, keterlanjuran kami. Sebagai manusia biasa untuk melakukan permohonan maaf itu tiada masalah dan mungkin isu ini tidak akan berlanjutan sehingga 2023.

“Alhamdulillah semua sudah selesai dan memang ini yang kami cadangkan sejak peringkat awal semasa proses mediasi namun tidak mencapai kesepakatan ketika itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Syura berkata pihak mereka sejak awal kes berlangsung dari tahun 2021 telah bersiap sedia untuk memohon maaf dan ketiga-tiga mereka mengakui kekhilafan serta keterlanjuran masing-masing.

“Pihak Siti Nordiana telah meminta maaf dan juga telah memaafkan kami semua dan kami juga telah meminta maaf dan memaafkan.

“Jadi tiada isu siapa yang memohon maaf atau siapa yang memaafkan dahulu. Kami dari awal kes berlangsung bersedia untuk memohon maaf.

“Cuma apabila ada pembayaran yang terlalu tinggi dituntut membuatkan kami terpaksa teruskan ke mahkamah,” katanya.

Kes saman fitnah RM2.5 juta dikemukakan penyanyi Siti Nordiana Alias terhadap lima sekawan iaitu penyanyi Lan Solo, isterinya, Nur Sheila Hassim, dan Syura Badron.

Dua lagi ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi.

Untuk rekod, konflik lima sekawan ini mula tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadap Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live yang dikendalikan oleh Nur Sheila pada 20 Julai 2021 lalu.

Siti Nordiana mendakwa mereka dikatakan telah memfitnah dirinya bukan seorang artis yang bersih dan dihormati orang, seorang yang ego, tidak ingin mendengar nasihat dalam segala perkara, tidak menghormati orang lain dan menggunakan wang serta populariti untuk memastikan dirinya dihormati.

Namun begitu, siaran langsung tersebut telah dipadam daripada akaun Instagram masing-masing, namun heboh dan telah dimuat naik semula ke akaun YouTube.

Artikel Berkaitan: Saling Bermaaf-Maafan, Kes Saman RM2.5 Juta Siti Nordiana Terhadap Lima Sekawan Selesai

Artikel Berkaitan: “Mereka Memang Tuju ‘Live’ Itu Untuk Saya, Seolah Saya Berlagak & Artis Perasan Popular” – Siti Nordiana

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 12 May 2019

鞋面出现褶痕?神人示范「简单4步骤」秒变新鞋

鞋面出现褶痕?只需要「超常见生活用品」,神人示范「简单4步骤」秒变新鞋。网友狂赞:真的有效!

Featured Tue, 24 Aug 2021
Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Tiada Hos Utama, Tiga Kategori Baharu Dipertandingkan Antara Kelainan ASK 2018

Acara karpet merah akan dihoskan oleh Aaron Al- Fateh dan Ain Edruce di mana ia akan bersiaran langsung menerusi Pop TV pada pukul 8.30 malam sehingga 9 malam di NTV7. Penonton juga boleh menyaksikan acara ini secara siaran langsung di Facebook ntv7 Malaysia.

Trending Mon, 8 Apr 2019

代吃代喝代玩乐……中国惊现崭新行业!

继「代购」之后,中国近来还兴起另一种新行业:代喝代吃!

Featured Wed, 16 Nov 2022

Ramai Cemburu Lihat Daiyan Trisha Bergambar Bersama Pelakon Thailand – “Tutorial How To Be Daiyan…”

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mengundang rasa cemburu dalam kalangan peminat apabila berkongsi gambar bersama pelakon popular Thailand, Gulf Kanawut. Terbaharu, sebuah perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok Daiyan telah berjaya meraih perhatian ramai […]

Featured Tue, 14 Apr 2026

“Allah Maha Mengetahui, Saya Percaya Pada Takdir & Takdir Tu Milik Aku” – Syida Melvin

Syida Melvin meluahkan rasa terharu terhadap sokongan dan doa yang diterimanya daripada warganet.

Hiburan Tue, 9 Jul 2024

Sarah Yasmine Label Ruhainies ‘Sang Nenek Delulu’?

Sang nenek delulu? Ni macam kisah Aliff Aziz ada share kan 😆

Hiburan Wed, 14 Sep 2022
Hiburan Sun, 19 Sep 2021

“Dia Terima Seadanya Walaupun Saya Lebih Tua” – Jarak 7 Tahun Bukan Penghalang Cinta Zizi Kirana & Yusuf Bahrin

Penyanyi Zizi Kirana menyenangi sikap suaminya, pelakon Yusuf Bahrin yang sopan santun dan matang. Selamat dinikahkan di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju pada jam 10.40 pagi tadi, jarak usia tujuh tahun juga tidak menghalang […]

error: Content is protected !!