Hiburan By: Aqilah Paharuzi December 6, 2023 @ 7:18pm

Akui Keterlanjuran, Lan Solo, Isteri & Syura Nafi Bersikap Ego… Tetap Profesional Dengan Siti Nordiana – “Kes Jadi Lama Kerana Jumlah Pembayaran…”

Penyanyi, Lan Solo menjelaskan konflik bersama rakan seperjuangan, Siti Nordiana boleh berakhir dengan awal namun ada beberapa syarat ditetapkan oleh pelantun Cinta Hanya Sandaran itu membuatkan dia bersama empat sekawan lain terpaksa mempertahankan diri di Mahkamah.

Namun begitu, Lan atau nama lengkapnya Mohd Razlan Mohamed Yusof selaku defendan berkata pihaknya mengakui kekhilafan dan keterlanjuran diri terhadap isu yang hangat diperkatakan itu, mereka turut mengikuti cadangan peguam, Azlan Abdul Razak untuk berdamai menerusi permohonan maaf.

Menurut Azlan, semalam merupakan permohonan maaf pertama kali antara Siti Nordiana, Lan dan isterinya, Nur Shiela Hassim, penyanyi, Syura Badron dan dua defendan lagi iaitu Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi.

“Kami akui khilaf dan keterlanjuran kami. Sebagai manusia, kami tiada masalah membuat permohonan maaf sejak awal kes ini berlaku pada tahun 2021.

“Mungkin kes ini tidak akan berlanjutan sehingga kini. Namun, usaha kami untuk memohon maaf sebelum ini disekat dengan beberapa syarat oleh pihak Nana.

“Antaranya, kami perlu membuat permohonan maaf secara terbuka pada satu sidang media, dan perlu membayar sejumlah wang besar nilainya,” ujarnya.

@xtra_my

‘Dakwaan kami bersikap ego itu adalah tidak benar’ #xtra #xtramy #beritaditiktok #beritaterkini #sembangentertainment #sitinordiana

♬ original sound – XTRA – XTRA

Sementara itu, defendan kedua, Syura juga menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengkritik mereka bersikap ego sehingga tidak mahu memohon maaf.

Jelas Syura, pihak mereka tidak mempunyai masalah untuk meminta maaf namun perkara yang menjadi satu masalah adalah jumlah pembayaran yang diminta oleh pihak Nana.

“Tak ada rasa ego seperti mana yang dikatakan ramai orang terhadap kami, itu semua tidak benar. Cumanya, sesi mediasi itu gagal kerana tiada cadangan yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

“Permohonan maaf itu perlu disertakan dengan pembayaran bukan RM10, RM20 atau RM1,000.. Jumlahnya sangat besar, jadi sebab itulah kenapa kami berlawan di mahkamah, bukan untuk menegakkan benang yang basah atau menunjukkan siapa benar mahupun salah,” ujarnya.

Dalam pada itu, defendan ketiga iaitu pengurus dan isteri Lan iaitu Shiela berkata mereka tiada masalah untuk bekerja atau berjumpa dengan Siti Nordiana sekiranya ada rezeki mereka muncul dalam satu acara.

“Sepanjang kes ini berjalan, profesionalism antara Lan, Nana dan Syura tiada yang berubah. Malah, kami ada jumpa di backstage, netizen yang melebih-lebih.

“Kami juga tidak pernah menuduh antara satu sama lain, sikap profesional sama ada di belakang pentas atau belakang pentas sama sahaja,” katanya meleraikan spekulasi.

@xtra_my

Replying to @Roshida Othman Kes dah selesai, kita move on! Moga ini yang terbaik untuk semua pihak #xtra #xtramy #beritaditiktok #beritaterkini #sembangentertainment #sitinordiana

♬ original sound – XTRA – XTRA

Mereka berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media berlangsung di kediaman Lan terletak di Puchong pada Tengah Hari, Selasa.

Sebelum ini, peguam mewakili Lan, Shiela dan Syura menjelaskan tiga terma penghakiman perdamaian yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, kontroversi tercetus selepas Lan dan Syura mengadakan sesi siaran langsung di Instagram pada 20 Julai 2021 dan berkongsi mengenai konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana.

Artikel Berkaitan: Tiada Siapa Menang Atau Kalah Dalam Kes Saman Fitnah RM2.5 Juta Siti Nordiana & Lima Sekawan

Artikel Berkaitan: Saling Bermaaf-Maafan, Kes Saman RM2.5 Juta Siti Nordiana Terhadap Lima Sekawan Selesai

Artikel Berkaitan: “Mereka Memang Tuju ‘Live’ Itu Untuk Saya, Seolah Saya Berlagak & Artis Perasan Popular” – Siti Nordiana

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Mar 2018

第二主打找Hero祖雄拍MV 车子无缘为专辑入镜

大马“星光冠军”歌手车志立(车子)发行新专辑,公司砸本请来影帝、男神及型男演员等为新专辑拍摄MV,第二主打歌《迷路》更特别找来大马“全能型男神兼天菜”Hero祖雄跨刀相助。车子确定无缘为专辑入镜当主角,感叹“有点伤心”。

Hiburan Sat, 1 Sep 2018

阿牛加入嘉宾阵容!山脚下演唱会「满满回忆杀」

山脚下男孩兄弟帮义气相挺同台演出,演唱会除之前宣布的了黄一飞、暌违多年再合体的年少外,连阿牛(陈庆祥)都点头答应参与演唱会,这个中秋节势必让大家带着满满的回忆杀啊!

Trending Thu, 27 Feb 2020
Hiburan Tue, 20 Jun 2023
Trending Mon, 22 Aug 2022

“Kan Comel Pakai Tudung” – Usop Mohon Doa Agar Isteri Berhijab Dengan Sempurna

Penyanyi, Usop yang bergelar suami kepada Nur Fatihah Md Hasim pada Februari lalu kini dilihat semakin bahagia bersama isteri tercinta lebih-lebih lagi bakal menerima orang baru dalam hidup. Terbaharu, selebriti yang menempa nama menerusi rancangan […]

Hiburan Thu, 30 Mar 2023
Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Contohi Ruffedge, Munir Idam Phyne Ballerz Buat Comeback

Kalau kita lihat lagu-lagu zaman sekarang, banyak yang meleleh-leleh. Mungkin kami boleh cuba rakam lagu ‘R&B Meleleh’, siapa tahu kena dengan selera pendengar kan?