Teruk Dikecam Hingga Murung Sebulan, Pengarah Aziz M Osman Dedah Punca Sebenar Filem XX Ray 3 Kurang Menyengat – “Malang Sekali Timbul Keadaan Bila….”

Pengarah tersohor Aziz M. Osman mendedahkan punca filem arahannya bergenre sains fiksyen, XX Ray 3 tidak berjaya mendapat sambutan hangat adalah kerana kekurangan bajet.

Jelasnya, filem tersebut pada awalnya bernilai RM3 juta namun semasa proses penggambaran dia hanya berjaya menghasilkan filem XX Ray 3 dengan bergantung pada wang dana sebanyak RM1 juta.

“Saya mempunyai pengalaman yang sangat sangat buruk dengan XX Ray 3. Orang kata pada saya kalau tak ada duit jangan buat XX Ray 3 tapi kenapa awak buat juga dengan hasil macam tu.

“Ini pendedahan ekslusif ya, saya tak pernah buka mulut lagi soal isu ini. Sebenarnya, filem tu bernilai tiga juta yang sepatutnya dihasilkan dimana 1 juta saya dapat daripada dana FINAS, dan lagi dua juta saya dapat dari funder.

“Malang sekali timbul satu keadaan, funder tersebut tarik diri. Jadi saya telah menggunakan duit dana 1 juta dimana by hook or by crook saya tetap kena siapkan filem tersebut,” dedahnya.

Menurut pengarah syarikat Ace Motion Pictures itu, dia menerima kecaman yang amat teruk daripada rata-rata netizen selepas filem itu disiarkan pada umum.

“Kalau dekat Hollywood macam Bad Girl tu, dia tengok tak bagus dia pull the plug. Untuk soal ni saya tak boleh nak buat perkara sedemikian.

“Kerana saya terima duit yang diamanahkan untuk saya siapkan. Jadi dengan value yang patut 3 juta jadi 1 juta, jadi terkesan pada filem tu.

“Bila filem tu keluar, jadi filem buruk saya kena pikul beban. Saya tak boleh bagi sebarang alasan.

“Sebagai contoh kalau kita sajikan orang makan, tak sedap sebab kurang garam kurang ini itu, sebagai pengarah tak boleh macam tu. Itu yang diberi, jadi kena terima,” luahnya.

Aziz yang ditemui media ketika sidang media Fit For Action yang berlangsung di Studio 1 Glenmarie, semalam mengulas isu berkenaan ketika membincangkan isu berbangkit mengenai segelintir pengarah yang tidak mempunyai keupayaan dalam membuat filem.


“Sebab itu pendapat saya kepada semua pengarah diluar sana kalau tiada duit, jangan buat filem.

“Saya sangat menghargai usaha Syamsul yang berjaya menghasilkan filem cecah RM8 juta yang boleh pergi sampai RM90 juta collection.

“Saya melalui pengalaman yang cukup pahit. Jadi pada semua pengarah kalau tak ada duit dan tidak dapat menghasilkan sesuatu yang berkuali, jangan merosakkan industri perfileman,” katanya lagi.

Sekadar info, filem XX Ray 3 ditayangkan pada 24 Januari 2019 namun menerima banyak komen negatif daripada pengkritik filem dan menjadi kegagalan komsersial apabila hanya meraih kutipan panggung sebanyak RM56,000.

Aqilah Paharuzi