Test Vokal Anak, Ramai Puji Suara Anak Bujang Amelina Sedap! – “Suara Dia! Dengar Pun Dah Tahu Berbakat”

Walaupun sudah dua minggu sambutan Hari Raya Aidilfitri berlangsung, namun masih ramai masyarakat yang memanfaatkan bulan Syawal ini sebagai bulan mengeratkan hubungan silaturahim dengan berkunjung dan menghabiskan waktu bersama keluarga.

Begitu juga dengan penyanyi dangdut popular, Norazlina Amir Sharipuddin atau Amelina, 48,  yang mengambil peluang untuk meluangkan masa bersama anak-anaknya pada raya kali ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, pelantun lagu Yang Tersayang itu dilihat seronok menghabiskan masa dengan berkaraoke bersama anak-anaknya iaitu Putera Al’ Asyraff dan Putera Al’ Affiq di kediaman mereka.

Menurutnya, aktiviti ini dilakukan selepas penat melayan tetamu selain mahu menguji vokal kedua-dua anak lelakinya itu.

“Kali ni Kak Long nak test anak bujang yang paling pemalu dan pendiam dan kuat bersedekah tapi sangat suka gelak (macam mak dia). Kak Long saja suruh dia nyanyi lagu yang tak pernah dia nyanyi tapi dia pernah dengar, untuk makluman, lagu #boulavard ni arwah atok dia suka.

“Tapi pelik lagu-lagu lama ni senang betul budak-budak dapat tangkap eh. Mak nya pula tiga suku. Terkejut juga, boleh pula dia hadam lagu ni on the spot. Jadi Mommy bagi 2.5 bintang jelah sebab tak serius, suara? boleh lah… Kalau ada anak dara yang cair tu kira okay lah,” katanya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat tidak menyangka anak bujang Amelina memiliki suara yang sedapdan rupa paras yang elok.

“Darah seni tu ada okay. Tone and tempo pun dah tau memeang berbakat.

“Sedap suara dia!

“Sedapnya suara anak bujang Kak Long.

“2.5 bintang je along bagi? Fuh kalau saya 9 terus bagi. Not bad, tapi dah tahu dah, suara anak Ka Long (Fendy) memang sedap sebab pernah dengar dia nyanyi dalam bilik air,” komen netizen.

 

Salma Syahbuddin