“Thank You For Being My Rock, My partner & My Best Friend” – Genap 3 Tahun Berkahwin, Ernie Zakri Titip Ucapan Manis Buat Syamel Sempena Anniversary

Penyanyi Ernie Zakri tampil menitipkan ucapan manis buat suaminya, Syamel sempena ulang tahun perkahwinan yang ketiga tahun.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Ernie menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Ernie turut mendoakan agar hubungan mereka sentiasa dirahmati Sang Pencipta.

“Happy three, my husband. My love for you only grows stronger. Thank you for being my rock, my partner, and my best friend.

“Here’s to many more years of laughter, adventure, and endless love. I love you. Semoga Allah SWT berkati perhubungan ini. Amin,” tulisnya.

Untuk info, Ernie dan Syamel telah mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha, 2.

Fatin Nurain