Siti Nurhaliza Buat Live Ketika Masak Juadah Berbuka… Bekas Garam Jadi Tarikan

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil mencuri perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya memasak juadah berbuka, baru-baru ini.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Siti Nurhaliza menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Ahad lalu.

Dalam perkongsian tersebut, Siti telah berkongsi momen dia memasak asam pedas tetel daging sambil dibantu oleh pembantu rumahnya.

Namun, rata-rata pengikutnya terkejut dan meluahkan rasa kagum apabila melihat penyanyi tersohor itu hanya menggunakan balang kuih biasa untuk menyimpan garam dan rempah ratusnya.

Menyedari perkara itu menjadi bualan, Siti tampil menjelaskan sebelum ini dia pernah menggunakan botol yang cantik, tetapi pembantu rumahnya lebih selesa men

 

Fatin Nurain