“That Sh*t Is Just Low” – Qi Razali Akui Malu Bekas Teman Wanita Kantoi Mengorat Kawan Sendiri

Bekas kumpulan OAG dan pengacara, Qi Razali mengakui malu apabila bekas teman wanitanya cuba untuk mengorat kawannya sendiri.

Menerusi ciapannya di Twitter, mengetahui perkara tersebut lebih menyakitkan daripada perasaan putus cinta.

Malah, dia turut berpendapat bahawa perbuatan itu sangat memalukan.

“Yeah breakup hurts, but have you had your ex hit your friend up? That shit is just low.

“We all had a good laugh and honestly, aku malu la sikit tapi nasib baik semua gelak-gelak je la,” ujarnya.

Membalas komen individu yang mengatakan situasi tersebut memalukan, Qi memberitahu perkara itu disaksikan di depan matanya sendiri.

“What a shit show,” komen seorang individu.

“I know. I watched it first hand,” balas Qi.

Maya Basir