Hiburan By: Fatin Nurain August 23, 2023 @ 5:35pm

#ThrowbackXTRA: Dari Wartawan Kini Menjadi Selebriti Popular, Hawa Rizwana Kongsi Perjalanan Sebagai Anak Seni

Umum mengetahui, pengacara Hawa Rizwana Redzuan sebelum ini memulakan kerjayanya sebagai pembaca berita Buletin Utama TV3.

Kini, namanya semakin meningkat naik selepas dirinya mula menceburi dunia industri hiburan sejak muncu di sebuah program realiti stesen berbayar.

Dalam segmen #ThrowbackXTRA minggu ini, Hawa tampil berkongsi perjalanan seninya dari seorang wartawan sehingga menjadi selebriti terkenal.

Menurut Hawa, penglibatannya dalam dunia kewartawanan bermula sejak dirinya menjalani latihan industri ketika belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

“Alhamdulillah, saya mulakan kerjaya saya sebagai pembaca berita selepas belajar dalam bidang kewartawanan. Masa tu dapat tawaran internship dalam program Wanita Hari Ini.

“Sepanjang intern tu macam-macamlah saya belajar untuk depan dan belakang tabir. Ada ketika itu saya buat stand-upper untuk WHI.

“Alhamdulillah, lepas pada itu saya dapat audition untuk Berita TV3 dan TV9. Lepas habis intern tu saya dapat bekerja terus sebagai wartawan dan penyampai berita di TV9. Setahun lepas tu, saya menyampaikan berita di Buletin Utama.

“Lepas tu saya terfikir nak sambung Master. Tapi Alhamdulillah ada rezeki untuk kerja dan lecturer pun sokong untuk saya bekerja dulu. Lepas tu saya sambung belajar sambil bekerja.

“Masa tu memang tak ada cuti langsung. Dan saya ambil keputusan untuk berhenti jadi wartawan dan jadi pembaca berita sahaja,” katanya.

Tidak sangka penglibatannya dalam bidang kewartawanan membawa tuah, Hawa mengakui dirinya terpaksa mengorbankan minatnya sebagai wartawan.

“Untuk achieve something tu kita kena berkorban, so saya korbankan kerjaya saya sebagai wartawan sebab saya memang saya minat jadi wartawan dari keluar di kaca televisyen sebagai pembaca berita dan pengacara.

“Ketika itu, barulah rasa flexible dengan jadual kerja. Alhamdulillah, dipermudahkan sangat-sangat. Bila dah terlibat dalam MeleTOP, saya tak pernah jangka tapi rezeki kat situ sebab saya tak pernah terfikir nak join dunia hiburan. Lepas tu sekarang ni mula dapat tawaran berlakon dan sebagainya,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 22 Nov 2018

Henry Lau Has Been Single For 10 Years!

He admitted that he hasn’t seen anyone since he debuted in Super Junior-M.

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Rapper Terkenal Afrika Jabulani Tsambo Meninggal Dunia

Rapper terkenal berusia 38 tahun ini pernah berdepan dengan masalah depresi beberapa tahun lalu. RIP HHP!

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

Putus sekali lagi, hubungan Justin-Selena sudah berakhir!

Mandy Teefey juga tidak mahu Selena dikecewakan oleh oleh Justin lagi selepas apa yang terjadi sebelum ini.

Featured Wed, 19 Oct 2022
Hiburan Wed, 15 Jan 2020

Jangan Lupa Tuntut E-Tunai Mulai Hari Ini

KIRA-kira 15 juta rakyat Malaysia layak boleh menuntut wang RM30 pemberian kerajaan daripada mana-mana tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Touch ‘n Go, Grab, dan Boost mulai 8 pagi hari ini. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng […]

Hiburan Sun, 8 Jul 2018

Patutlah Cantik…Tya Arifin Kongsi Rahsianya!

Saya tidak malu untuk menjual jamu kerana percayakan pelbagai khasiat semula jadinya untuk wanita. Saya sendiri mengamalkan pengambilan jamu sejak dulu. Wow, patutlah Tya kekal cun walaupun dah beranak satu!

Featured Mon, 25 Mar 2024
Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Sambut Lima Majlis, Elly Mazlein Teruja Sarung Gaun Pengantin!

Selamat Pengantin Baharu, Kak Lina Pom Pom!